Organ Berbentuk Kacang? | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » Organ berbentuk kacang?

Organ berbentuk kacang?

Setiap hari buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1 hingga 2 liter air kencing. Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting bagi memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita. Melalui proses ini pengambilan air kosong amat disarankan untuk kita sebagai orang dewasa minum 8 gelas atau sekitar 3 hingga 4 liter sehari bagi memastikan tubuh badan cukup cecair sekali gus rendah risiko dehidrasi.

Sebarang perubahan warna air kencing perlulah diambil cakna kerana ia merupakan petunjuk kepada masalah kesihatan. Antaranya ialah:-

  1. Tiada warna atau jernih
    • Boleh jadi badan terlebih kadar air.
  2. Kuning pucat/jernih
    • Normal dan terhidrat.
  3. Kuning pekat
    • Normal tapi anda harus minum air segera. Mungkin juga akibat dari pengambilan vitamin atau makanan tambahan.
  4. Putih keruh
    • Mungkin jadi tanda batu karang atau jangkitan salur kencing.
  5. Berbuih
    • Disebabkan oleh sejumlah besar protein dalam diet yang dimakan. Berkemungkinan juga tanda sakit buah pinggang atau kehamilan dalam beberapa kes.
  6. Merah/pink
    • Punca dari makanan (pewarna). Jika tidak, berkemungkinan terdapat darah dalam air kencing (jangkitan salur kencing, prostat membesar, tumor, sista ginjal atau batu karang).
  7. Oren
    • Pengambilan ubat-ubatan tertentu, tanda penyakit kuning (jaundis) atau dehidrasi.
  8. Hijau
    • Pegambilan ubat-ubatan tertentu, pemakanan atau jangkitan pada salur kencing (disebabkan bakteria keluar ke dalam darah).

 

Berikut merupakan beberapa jenis masalah buah pinggang:-

  • Nefropati Diabetes (DN)
  • Glomerulonefritis
  • Keabnormalan Bendalir dan Elektrolit
  • Kecederaan Buah Pinggang Akut (AKI)
  • Penyakit buah pinggang peringkat akhir
  • Proteinuria
  • Karsinoma Sel Renal
  • Penyakit Buah Pinggang Polisistik (PKD)

 

Bagi mengesan masalah buah pinggang dengan lebih awal, anda digalakkan untuk buat pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan sekurang-kurangnya setahun sekali. Antara ujian saringan yang boleh dilakukan adalah:-

  • Ujian darah – peningkatan kreatinin dalam darah menandakan fungsi buah pinggang terjejas.
  • Ujian air kencing – kehadiran protein dalam air kencing menandakan masalah dalam kapasiti penapisan buah pinggang.
  • Pengukuran tekanan darah – peningkatan tekanan darah boleh menjadi penunjuk disfungsi buah pinggang.
  • Ujian pengimbasan terdiri daripada ultrasonografi, pengimbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) atau pengimejan magnetik resonans (MRI).
  • Biopsi buah pinggang- untuk kes tertentu.

 

Disediakan oleh: Puan Nor Farhana binti Zakariya (Jururawat, HSAAS)

Sumber:

https://www.pantai.com.my/ms/medical-specialties/nephrology

https://ecentral.my/tanda-sakit-buah-pinggang/

https://powerfulpatients.org/ms/kidney-cancer/#top

Date of Input: 06/03/2025 | Updated: 06/03/2025 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
S, (09:41:09pm-09:46:09pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]