Sesetengah masyarakat hari ini menganggap merokok adalah sebagai simbol gaya hidup, kematangan atau cara untuk menyesuaikan diri dalam kelompok sosial. Hampir 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. Namun hakikatnya, rokok bukanlah satu gaya hidup yang membanggakan sebaliknya ia merupakan ancaman serius kepada kesihatan individu dan masyarakat. Melalui petikan dari laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengatakan, rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok dan hanya 50% perokok akan dapat melangkau umur 70 tahun.
Satu batang rokok mungkin terasa ringan di tangan dan nampak tidak berbahaya, seperti teman setia saat bersantai. Namun, di sebalik kepulan asap itu, tersembunyi pelbagai ancaman. Umum mengetahui bahawa, merokok hanya memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kita dan orang sekeliling. Oleh itu, tidak kira apa jua situasi yang berlaku, sama ada tekanan atau pengaruh rakan, sentiasa tanamkan dalam minda bahawa merokok adalah perkara yang sia-sia, membahayakan dan membakar duit. Tabiat merokok boleh menyebabkan seseorang mendapat lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut antaranya adalah seperti masalah paru-paru, jantung dan kanser.

Sehubungan itu, berikut dikongsikan amalan berhenti merokok yang dapat dipraktikkan oleh perokok:

Selain itu, antara amalan lain untuk berhenti merokok adalah dengan mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan buah-buahan, mandi dengan kerap, bersukan dan melakukan senaman ringan apabila rasa mengantuk serta mengalihkan perhatian kepada aktiviti yang lebih bermanfaat.
Oleh hal demikian juga, terdapat pelbagai kempen berhenti merokok dan jauhi rokok telah dilancarkan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Kempen-kempen ini bertujuan bukan sahaja untuk memberi kesedaran tentang bahaya rokok, tetapi juga menggalakkan perokok berhenti merokok. Antaranya termasuklah perkhidmatan kaunseling, talian bantuan berhenti merokok, serta penggunaan terapi gantian nikotin dan rawatan perubatan yang sesuai. Selain itu, kempen-kempen ini juga memberi penekanan kepada kepentingan sokongan daripada keluarga dan masyarakat dalam memastikan kejayaan seseorang untuk berhenti merokok.
Dengan disiplin dan sokongan yang berterusan, usaha untuk meninggalkan tabiat merokok ini akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Diharapkan kadar perokok dapat dikurangkan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan awam dan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak termasuk individu, keluarga, komuniti, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan amat penting dalam memastikan matlamat untuk mewujudkan masyarakat bebas asap rokok dapat direalisasikan.
Disediakan Oleh:
Puan Nor Farhana binti Zakariya
Unit Sumber Pendidikan Kanser Dan Klinikal
HSAAS UPM
Disemak Oleh:
Dr. Razif Bin Zainol Abidin
Unit Sumber Pendidikan Kanser Dan Klinikal
HSAAS UPM
Sumber rujukan:
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/10/04/bahaya-merokok-sayangi-diri-anda/
https://infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2020/12/761064/asap-rokok-punca-kemudaratan-kesihatan
Tarikh Input: 05/05/2026 | Kemaskini: 05/05/2026 | khairizal

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor