Pejuang Kanser: Harapan Baharu Selepas Rawatan

Bulan Jun merupakan sambutan National Cancer Survivors. Seperti yang kita sedia maklum kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan hampir 10 juta kematian direkodkan setiap tahun (World Health Organization [WHO], 2025). Penyakit ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal pesakit, malah turut mempengaruhi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial individu serta keluarga mereka.
Di Malaysia, laporan Malaysia National Cancer Registry Report 2017–2021 menunjukkan sebanyak 168,822 kes kanser telah direkodkan dalam tempoh lima tahun tersebut, dengan peningkatan kes dikesan pada tahap lewat yang memberi kesan kepada peluang rawatan dan kadar kelangsungan hidup pesakit (National Cancer Institute Malaysia, 2024).
Menurut WHO, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kes kanser sebenarnya boleh dicegah melalui pengurangan faktor risiko seperti merokok, obesiti, pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol secara berlebihan (WHO, 2025). Selain itu, pengesanan awal melalui saringan kesihatan berkala turut meningkatkan peluang rawatan berjaya dan mengurangkan komplikasi penyakit (WHO Europe, 2024).
Pesakit yang menerima diagnosis pada peringkat awal mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih tinggi berbanding pesakit yang didiagnosis pada tahap lewat penyakit (Crosby et al., 2022). Oleh itu, masyarakat disarankan untuk lebih peka terhadap tanda amaran awal kanser seperti:

Selain rawatan perubatan, sokongan daripada ahli keluarga, komuniti dan petugas kesihatan juga amat penting dalam membantu survivor kanser meneruskan kehidupan dengan lebih yakin dan positif. Kajian menunjukkan bahawa sokongan psikososial dan pendidikan kesihatan mampu meningkatkan tahap pematuhan rawatan serta kualiti hidup pesakit kanser (American Cancer Society, 2024).
Jururawat memainkan peranan penting dalam penjagaan pesakit kanser melalui pendidikan kesihatan, pemantauan rawatan, pengurusan simptom serta sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga. Pendekatan pendidikan pesakit secara berterusan didapati membantu meningkatkan kefahaman pesakit terhadap penjagaan selepas rawatan dan komplikasi yang perlu dipantau (Oncology Nursing Society, 2023).
Pengesanan awal bukan sahaja mampu meningkatkan peluang rawatan berjaya, malah memberi harapan baharu kepada pesakit dan survivor kanser untuk meneruskan kehidupan dengan lebih berkualiti dan bermakna.
Disediakan Oleh:
Puan Noraziah Nasir
Health Promotion Dan CCARE
Seksyen Kesihatan Awam
HSAAS UPM
Disemak Oleh:
Dr. Razif Bin Zainol Abidin
Health Promotion Dan CCARE
Seksyen Kesihatan Awam
HSAAS UPM
RUJUKAN
Date of Input: 01/07/2026 | Updated: 01/07/2026 | khairizal

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor