Pengesanan Kanser Pada Tahap Awal Dapat Meningkatkan Kadar Kelangsungan Hidup | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Pengesanan Kanser Pada Tahap Awal Dapat Meningkatkan Kadar Kelangsungan Hidup

Pengesanan Kanser Pada Tahap Awal Dapat Meningkatkan Kadar Kelangsungan Hidup

 
CYBERJAYA, 17 Feb- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya, Selangor pada hari ini.Sambutan yang diraikan pada 4 Februari setiap tahun ini bertujuan untuk memastikan kesedaran dan pemahaman tentang kanser demi mencapai tujuan utama kawalan kanser iaitu pengesanan kanser pada tahap awal yang dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup, mengurangkan morbiditi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.Tema 'Close the Care Gap' merupakan tema Hari Kanser Sedunia yang menekankan kesaksamaan dalam penjagaan kanser dengan memastikan semua pesakit kanser mendapatkan serta menerima penjagaan kanser yang sepatutnya.
Program anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Cyberjaya, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Non-Communicable Diseases Malaysia (NCD) ini turut disertai oleh lebih 20 badan bukan kerajaan kanser dan Unit Sumber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM bagi meneruskan agenda merapatkan jurang penjagaan kanser di Malaysia.
Unit Sumber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM turut terlibat dalam reruai kesedaran kanser bagi meningkatkan pengetahuan komuniti tentang kepentingan pencegahan penyakit kanser melalui saringan awal dan terus mengamalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan yang sihat, kekal aktif secara fizikal, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Dengan itu kita dapat meningkatkan kualiti hidup.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Palan, Pro-Canselor, Universiti Cyberjaya, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Prof. Dr. Zabidi Hussin, Naib Canselor, Universiti Cyberjaya, YBhg. Dato’ Dr. Saunthari Somasundaram Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan YBrs. Associate Professor Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Tarikh Input: 20/02/2024 | Kemaskini: 20/02/2024 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEbUAr~