SOALAN LAZIM | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Sokongan
1
Apakah bentuk perkhidmatan sokongan yang boleh diperolehi daripada CaRE?

CaRE memberi sokongan dalam bentuk:

  • Program rakan sebaya daripada sukarelawan terlatih;
  • Perkhidmatan kaunseling dengan kerjasama Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM;
  • Menyokong kumpulan sokongan yang lain; DAN
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dengan Pusat Sumber Kanser (CrC) di Hospital Putrajaya, PPUM,PPUKM, Pusat Payudara UIA dan HUSM, dan juga dengan sebahagian organisasi-organisasi kesihatan.

  • Perkhidmatan
    2
    Apakah bentuk perkhidmatan yang terdapat di CaRE?

    Perkhidmatan yang disediakan adalah dalam bentuk:

  • Bahan pembacaan
  • Interaksi bersemuka
  • Talian bebas tol kanser (CaRE Help Line) 1-800-38-2233
  • Media alaf baru (internet)
  • 3
    Apakah bentuk maklumat yang disediakan oleh CaRE?

    CaRE menyediakan maklumat berbentuk bahan pendidikan yang diolah, diadaptasi dan / atau diterjemahkan kepada bahasa yang mudah difahami. Ia terdapat dalam bentuk:

  • Penerbitan – buku, risalah dan helaian fakta
  • Portal / Laman Sesawang
  • 4
    Apakah program pendidikan yang disediakan oleh CaRE?

  • Program pendidikan kanser (aktiviti bulanan)
  • Program kesedaran kanser (untuk orang awam dan organisasi)
  • 5
    Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan CaRE?

    Bagi mendapatkan perkhidmatan CaRE, CaRE boleh dihubungi melalui lima (5) cara berikut:

  • Hubungi Talian CaRE Help kami di 1-800-38-2233
  • Layari laman sesawang kami http://www.care.upm.edu.my bagi sebarang maklumat berkaitan CaRE
  • Lawati Blog CaRE di http://www.care-upm.blogspot.com 
  • Dapatkan perkongsian maklumat kesihatan berkaitan kesihatan secara umum dan kanser khususnya di laman sosial Facebook CaRE iaitu CaRE UPM https://www.facebook.com/upmcare/ 
  • Atau kunjungi pusat operasi kami yang terletak di:
  • Tingkat 7, Makmal Blok A,
    Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan 
    Universiti Putra Malaysia 
    43400 UPM Serdang, Selangor.  

    Kemaskini:: 23/12/2019 [emy_hana]

    UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 9754
    -
    SXDTMA6~