SERDANG, Februari 2016 – Program Pendidikan Puat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) bagi bulan Februari 2016 memfokuskan kepada topik kanser darah. Dua siri pembelajaran telah disampaikan oleh Dr. Bahariah Khalid dari Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM pada 4 dan 11 Februari 2016 bertempat di Bilik Seminar, CaRE. Program Siri 1 bertajuk Fundamentals Of haematological Cancers telah disertai oleh 29 orang peserta, manakala Siri 2: Advances in haematological Cancers telah disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada profesional kesihatan, staf UPM, survivor kanser dan orang awam.
Objektif program pendidikan ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman peserta tentang kanser darah, memberikan maklumat terkini tentang kemajuan teknologi rawatan kanser darah di Malaysia dan memberikan platform kepada staf CaRE, golongan profesional kesihatan, survivor kanser dan orang awam untuk bertanyakan kemusykilan tentang kanser darah.
Date of Input: | Updated: 05/01/2023 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor