HPCCARE Sertai Program Keluarga Komuniti Prihatin Madani | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE) 127
» NEWS » HPCCARE Sertai Program Keluarga Komuniti Prihatin Madani

HPCCARE Sertai Program Keluarga Komuniti Prihatin Madani

Taman Seri Gombak, Selangor, 22 Ogos 2026 – Unit Promosi Kesihatan, Sumber Pendidikan Kanser dan Klinikal (HPCCARE) telah menyertai Program Keluarga Komuniti FMC-KPT Prihatin Madani yang berlangsung di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Selangor.

Program yang berlangsung dari jam 6.00 pagi hingga 4.00 petang ini menyediakan pelbagai aktiviti saringan dan pendidikan kesihatan kepada komuniti, termasuk pemeriksaan BMI, tekanan darah, gula dan kolesterol, penglihatan, kecerdasan mental, minda sihat, saringan kanser serta konsultasi doktor dan dietetik.

Sebagai salah satu pengisian program, HPCCARE telah menjalankan pendidikan kesihatan kanser termasuk demonstrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara (Breast Self-Examination – BSE). Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya wanita, mengenai kepentingan mengenali perubahan pada payudara dan mendapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat sebarang perubahan yang mencurigakan.

Program turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna dan aktiviti kanak-kanak. Penyertaan HPCCARE ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluaskan pendidikan serta kesedaran mengenai pencegahan dan pengesanan awal kanser kepada komuniti.

Date of Input: 28/08/2026 | Updated: 28/08/2026 | khairizal

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (02:23:40am-02:28:40am, 02 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]