SERDANG, 24 Mei 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah menganjurkan satu program pendidikan yang diberi tajuk Kenali Kanser Kita yang berlangsung di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia. Program pendidikan kali ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang Kanser Prostat dan Pengesanan Awal Kanser Wanita. Sesi 1 dimulai dengan Kanser Prostat yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Khairul Asri bin Mohd Ghani@Mamat, Pakar Perunding Bedah Urologi dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala sesi 2 diteruskan dengan ceramah tentang Pengesanan Awal Kanser Wanita yang disampikan oleh Ybhg. Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud, Pakar Radiologi & Timbalan Pengarah CaRE dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Sepanjang program ini, CaRE telah membuat kempen kesedaran kanser di perkarangan Bangunan Pentadbiran UPM dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. CaRE juga menyediakan perkhidmatan perkhidmatan pengesanan awal kanser payudara menggunakan teknologi EIT kepada staf UPM.
Date of Input: | Updated: 05/01/2023 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor