Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) @KRT Taman Sri Serdang | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) @KRT Taman Sri Serdang

Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) @KRT Taman Sri Serdang

SERDANG, 18 Disember – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dengan Kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang telah melaksanakan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera(KRIS) pada 18 Disember 2022  bertempat di Pusat Kawasan Rukun Tetangga  Taman Sri Serdang.

  

Objektif program adalah untuk memperkenalkan HPUPM dan bidang niche serta perkhidmatan yang ditawarkan, memberi pemeriksaan asas kesihatan secara percuma kepada komuniti, meningkatkan pengetahuan dalam aspek penjagaan kesihatan kepada masyarakat dan pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi perjalanan program antaranya seperti:-

  • Pameran Kesihatan
  • Senaman kerusi (Chairobic)
  • Pameran Kesihatan Warga Emas- CCARE
  • Saringan Kesihatan DASS-21- Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan HPUPM
  • Saringan Kesihatan Percuma
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan Mewarna (kanak-kanak)
  • Nutrisi Sihat Kanak-Kanak (Bento Sihat)
  • Pertandingan Explorace (Remaja)
  • Cabutan Bertuah

  

Program ini berjaya memberi manfaat kepada orang awam bagi semua peringkat umur yang hadir terutama warga sekitar Taman Sri Serdang yang turut sama memeriahkan program ini. Selain into, 20 orang asnaf turut mendapat manfaat dalam menyertai program kali ini.

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

 

Date of Input: 04/01/2023 | Updated: 11/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdSAK~