Hari Kanser Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Hari Kanser Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan

Hari Kanser Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan

PUTRAJAYA, 17 FEBRUARI 2022 - Institut Kanser Negara (IKN) dengan kerjasama Cawangan Tidak Berjangkit. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia Sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam penjagaan kesihatan sebagai langkah mencegah penyakit kanser. Menurut laporan Malaysia National Cancer Registry Report terdapat peningkatan kes yang dikesan lewat pada tahap tiga (3) dan empat (4) iaitu dari 58.7 peratus pada tahun 2007-2011 kepada 63.7 peratus pada tahun 2012-2016.

Melalui kajian Malaysian Study on Cancer Survival pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit.

Turut hadir YBhg, Datuk Dr. Chong Chee Keong. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Hirman Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBhg Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden National Cancer Society Malaysia dan YBrs. Dr Mohd Anis bin Haron@Harun, Pengarah Institut Kanser Negara.

YB Khairy Jamaluddin juga turut melawat tapak pameran kesihatan dan kesedaran kanser yang disertai oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, National Cancer Society Malaysia (NCSM), Pharmaceutical Association of Malaysia (PHAMA) dan Clinical-Cancer Resource and Education (CCARE), HPUPM di ruang legar Lobi Pesakit Dalam IKN.

 

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

OLEH YB. KHAIRY JAMALUDDIN, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

LAWATAN TAPAK PAMERAN KESIHATAN DAN KESEDARAN KANSER OLEH YB. KHAIRY JAMALUDDIN DI CCARE, HPUPM

 

 

Date of Input: 01/03/2022 | Updated: 05/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcXAA~