SAMBUTAN HARI DIETITIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » SAMBUTAN HARI DIETITIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

SAMBUTAN HARI DIETITIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

SERDANG-3 OKTOBER 2024| Jabatan Dietetik Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, dengan kerjasama Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Dietitian Peringkat Kebangsaan di Lobi Utama hospital. Majlis ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Hj. Hamidon Hj. Basri, Pengarah Hospital, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai lain termasuk Presiden MDA, Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, dan Dekan, Prof. Dr. Normala Ibrahim.
Hari Dietitian Malaysia, yang diraikan pada 19 September setiap tahun, mengangkat tema "Dietitians Combating Disease-related Malnutrition: Collaborate, Screen, Support, Sustain" untuk tahun ini. Tema ini menekankan pentingnya menangani malpemakanan berkaitan penyakit di kalangan pesakit, baik di hospital mahupun dalam komuniti, yang sering kali tidak kita sedari.
 
 
Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk Sesi Senaman bersama Fisioterapi, Saringan Kesihatan Percuma, Diet Chit Chat bersama Pegawai Dietetik, Demonstrasi Masakan, Forum Kesihatan, cabutan bertuah, serta pameran booth dan truck makanan bersama rakan industri. Rakan-rakan industri seperti Abbott Malaysia, Fuji Pharmaceutical, dan Yakult Malaysia Sdn Bhd turut menyokong program ini. Dengan sambutan meriah daripada 450 peserta, termasuk staf UPM dan orang awam, program ini jelas menunjukkan komitmen masyarakat terhadap kesihatan dan pemakanan.

 

Tarikh Input: 09/10/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (05:06:25am-05:11:25am, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]