Reruai Kesihatan Sempena Program Perbarisan Bulan Kebangsaan & Open Day Merdeka UTM Kuala Lumpur | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE) care
» BERITA » Reruai Kesihatan Sempena Program Perbarisan Bulan Kebangsaan & Open Day Merdeka UTM Kuala Lumpur

Reruai Kesihatan Sempena Program Perbarisan Bulan Kebangsaan & Open Day Merdeka UTM Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 12 September – UTM Kuala Lumpur telah menjemput Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, untuk membuka Reruai Kesihatan sempena Program Perbarisan Bulan Kebangsaan dan Open Day Merdeka. Acara ini berlangsung pada 12 September, dari 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Program ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta organisasi swasta, yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini untuk memberikan perkhidmatan saringan kesihatan dan menyampaikan maklumat penting kepada semua warga UTM dan orang awam.

Aktiviti dan Program Kesihatan yang Ditawarkan:

 

Saringan Kanser Percuma

Tempat: Foyer A, Aras Bawah Bangunan Perpustakaan UTMKL

- Saringan Kanser Payudara

- Saringan Kanser Pangkal Rahim

- Saringan Kanser Prostat

- Saringan Kanser Usus/Kolon

 

Klinik Pergigian Bergerak

Tempat: Parkir Utama Dataran Ilmu

 

Perkhidmatan Kesihatan

Tempat: Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTMKL

- Program Derma Darah

- Refleksologi & Urutan Berbayar (oleh Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia)

- Pameran Paru-paru Asli

- Pameran Stemcell

- Klinik Berhenti Merokok

 

Sebagai penghargaan, cenderahati telah diberikan kepada 200 pengunjung terawal yang menjalani Saringan Kesihatan/Kanser.

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan memberikan peluang kepada masyarakat untuk menjalani pemeriksaan secara percuma.

 

Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (05:59:12am-06:04:12am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]