Promosi CaRE & Program Kesedaran Kanser Di Perpustakaan UPM | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Promosi CaRE & Program Kesedaran Kanser di Perpustakaan UPM

Promosi CaRE & Program Kesedaran Kanser di Perpustakaan UPM

Serdang, 29 September 2014 Sekali lagi Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan aktiviti promosi dan kesedaran kanser. Fokus sasaran kali ini adalah lebih kepada kakitangan dan pelajar UPM. Justeru itu, CaRE mengambil langkah untuk membuka pameran dan membuat promosi tentang perkhidmatan CaRE dengan kerjasama daripada pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Dengan keizinan yang diberikan, CaRE telah mengadakan pameran bertempat di ruang legar Perpustakaan bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 300 orang pengunjung telah datang ke meja pameran CaRE untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang disediakan dan juga untuk mempelajari teknik membuat Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).


Pengunjung melihat bagaimana membuat pemeriksaan sendiri payudara (PSP)


Pemandangan pameran yang dijalankan di ruang legar Perpustakaan UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEYVAM~