Program Terapi Seni (Lukisan) | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Program Terapi Seni (Lukisan)

Program Terapi Seni (Lukisan)

Serdang, 27 Februari 2014 – Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM bagi memastikan orang ramai terutamanya pesakit kanser / survivors mendapat manfaat yang tertentu. Terkini, Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan program Terapi Seni (Lukisan) kepada orang ramai yang berminat. Program ini diadakan di Bilik Seminar Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang hari ini. Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr. Saadiah Abdullah sebagai fasilitator yang juga merupakan sukarelawan Profesional CaRE.

Program ini merupakan aktiviti bulanan anjuran CaRE sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan dan meredakan perasaan yang sedang tertekan atau sebagainya. Program ini juga menyediakan platform dengan cara melukis kepada pesakit/survivor kanser, staf UPM dan orang awam untuk menterjemahkan emosi yang tidak dapat diluahkan melalui komunikasi verbal. Fasilitator iaitu Dr. Saadiah Abdullah akan membimbing peserta cara dan teknik menggunakan warna di dalam lukisan.

Program Terapi Seni : Lukisan ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 14 orang peserta. Dengan adanya program seumpama ini, peserta yang terdiri daripada pesakit kanser/survivors akan dapat berkongsi rasa atau mengurangkan tekanan yang dialami melalui saluran seni lukisan.




Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcUAH~