Program Pink October 2025 Semarakkan Kesedaran Kanser Payudara Di HSAAS UPM | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Program Pink October 2025 Semarakkan Kesedaran Kanser Payudara di HSAAS UPM

Program Pink October 2025 Semarakkan Kesedaran Kanser Payudara di HSAAS UPM

Serdang, 28 Oktober 2025 – Unit Sumber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Pink October 2025 sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara, yang berlangsung di Lobi Utama, HSAAS UPM.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengesanan awal dan penjagaan kesihatan payudara serta menggalakkan wanita menjalani pemeriksaan berkala bagi mengurangkan risiko kanser payudara. Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga HSAAS, pelajar UPM serta pengunjung hospital.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk ceramah kesedaran kanser payudara oleh Dr. Mohd Islahuddin Bin Tamrin, Pakar Surgeri Am dan Surgeri Payudara, pengajaran pemeriksaan sendiri payudara (BSE), pemeriksaan tulang oleh ANLENE, jualan sayur-sayuran dan buah-buahan oleh Putra Mart UPM, serta pameran poster kesedaran kanser payudara.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan kuiz interaktif bertemakan kesihatan wanita, yang mendapat penyertaan aktif daripada para peserta. Pengunjung yang hadir awal menerima goodies eksklusif sebagai tanda penghargaan, manakala pemenang kuiz membawa pulang hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur.

Menurut wakil Unit CCARE, penganjuran program ini diharap dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan staf dalam memahami kepentingan pemeriksaan berkala serta pengesanan awal kanser payudara, yang mampu menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Program berakhir dengan suasana penuh bermakna serta mendapat sokongan padu daripada warga hospital dan komuniti universiti, mencerminkan komitmen HSAAS-UPM dalam memperkukuh kesedaran kesihatan awam melalui pendidikan dan penglibatan komuniti.

Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 03/11/2025 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
X, (02:20:14am-02:25:14am, 15 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]