SERDANG, 2 Jun 2016 - Bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan, Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah menganjurkan Program Pendidikan: Tips Kejayaan Ramadhan. Program ini telah diadakan di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini mensasarkan penyertaan dari warga UPM, pesakit kanser dan orang awam. Seramai 85 orang peserta telah direkodkan. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peserta tentang cara meningkatkan kualiti ibadah puasa secara kerohanian dan kesihatan.
Program ini telah menampilkan pendakwah terkemuka, Yang Berbahagia Ustazah Asni Abu Mansor yang telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Andai ini Ramadhan ku yang terakhir' dan juga pegawai dietetik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,UPM iaitu Cik Nor Hazwani Che Lah yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Tips Diet Sihat Ramadhan'. Di samping itu, turut diadakan aktivii pameran bahan-bahan penerbitan CaRE dan juga pengesanan awal kanser payudara menggunakan Electro Impedance Tomography (EIT). Program ini telah menerima sumbangan berjumlah RM500 dari Seksyen Pengurusan Zakat & Pembanguna Asnaf, Pejabat Bursar bagi bayaran kepada peceramah.
Tarikh Input: | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor