Program KRIS SMK PRESINT 14, Putrajaya | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Program KRIS SMK PRESINT 14, Putrajaya

Program KRIS SMK PRESINT 14, Putrajaya

 

PUTRAJAYA, 30 November – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah melaksanakan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera(KRIS) pada 30 November 2022 bertempat SMK Presint 14, Putrajaya. 

  

Objektif program adalah untuk memberi pemeriksaan asas kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat dan pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi perjalanan program antaranya seperti:-

 

- Pemeriksaan paras gula dalam darah

- Pemeriksaan tekanan darah

- Indeks Jisim Badan (BMI)

- Konsultasi kesihatan

-Pemeriksaan Kesihatan Mental

-Terapi Cara Kerja

- Terapi Petuturan

-Pameran Kesihatan dan demonstrasi PSP

  

Program ini berjaya memberi manfaat kepada hampir 400 orang awam yang hadir terutama warga sekolah SMk Presint 14 yang turut sama memeriahkan program ini. Seramai 204 orang telah mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan tiada cikgu/murid yang perlu dirujuk untuk menerima rawatan susulan.

 

Booth Rehabilitasi pula telah dikunjungi seramai 45 orang bagi medapat pemeriksaan. Selain itu, Booth Pemeriksaan kesihatan mental turut diadakan dimana seramai 45 orang telah menjalani pemeriksaan dan 2 daripdanya telah dirujuk untuk mendapat rawatan susulan.

 

Selain itu, 20 orang kakitangan HPUPM turut terlibat dalam program ini terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Pakar Klinikal, Ketua Jururawat, Pegawai Rehab, Pegawai dan Pelaksana.

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEQOAX~