15 Mei 2015 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), UPM bersama-sama dengan pelajar BBX3415 (Minor dalam Seni Persembahan) telah menganjurkan program kesedaran kanser. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan CaRE dan memberi kesedaran tentang kanser kepada peserta. Program ini juga bertujuan untuk mendidik peserta tentang pencegahan kanser, rawatan dan amalan gaya hidup sihat yang boleh membantu untuk mencegah kanser. Aktiviti utama pada hari tersebut adalah persembahan teater monolog oleh pelajar BBX3415 (Minor dalam Seni Persembahan). Aktiviti lain yang turut diadakan pada program tersebut adalah pameran bahan pendidikan kanser yang dihasilkan oleh CaRE, demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan sesi perkongsian bersama survivor kanser. Program ini bermula dengan ucapan penyelaras program dan ketua jabatan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Tingkat 7, Blok Makmal A,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia (UPM)
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA