Bangi, 29 Oktober – Program Ceria Sihat HPUPM dan Darul Insyirah anjuran Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dengan kerjasama Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah telah diadakan pada 29 Oktober 2022 bertempat di Rumah Jagaan dan Pendidikan Darul Insyirah, Bangi Golf Resort.
Program ini diadakan sempena Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 ini telah membawa tema “ Daya tahan dan Sumbangan Warga emas Wanita” bagi menghargai warga emas yang telah banyak menabur bakti kepada bangsa dan negara.
Objektif program adalah untuk memberi pemeriksaan asas kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat dan pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi perjalanan program antaranya seperti:-
Beberapa Pakar dari HPUPM turut sama menyertai program ini antaranya seperti Dr. Ho Wen Chung, Pensyarah Pakar Perubatan daripada Jabatan Perubatan, HPUPM yang menyampaikan ceramah berkenaan kulit dan warga emas.
Program ini berjaya memberi manfaat kepada hampir 30 orang awam yang hadir mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan. Daripada jumlah tersebut, 6 orang telah diberikan nasihat untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital atau klinik yang berdekatan.
Selain itu, 27 orang kakitangan HPUPM turut terlibat dalam program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Jururawat Pakar Klinikal, Jururawat, Pegawai dan Pelaksana.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.
Tarikh Input: 02/11/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor