Pemakanan Untuk Pencegahan Kanser | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Pemakanan Untuk Pencegahan Kanser

Pemakanan Untuk Pencegahan Kanser

Serdang, 18 Ogos 2015 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan program pendidikan bertajuk “Pemakanan Untuk Pencegahan Kanser” yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, Pensyarah Kanan Jabatan Dietetik dan Pemakanan, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM. Program pendidikan ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 4, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Seramai lebih dari 100 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPM serta orang awam telah menghadiri ceramah berkaitan pemakanan pada hari tersebut

 

 

Prof Madya Dr. Barakatun Nisak sedang memberikan ceramah kepada peserta yang hadir

 

 

Melalui ceramah ini, terdapat banyak perkara yang telah dikongsi oleh penceramah berkaitan pemakanan terutamanya bagi pesakit kanser. Antaranya, pengambilan soya yang tinggi dapat mengurangkan risiko pengulangan kanser di mana kandungannya yang kurang lemak, rendah kolesterol dan tinggi protein. Penceramah mengatakan pesakit kanser payudara boleh mengambil makanan soya dan perlu mengelakkan makanan tambahan (supplement) yang berasaskan soya.

 

 

Peserta berpeluang bersemuka dengan penceramah untuk bertanyakan soalan

 

 

Sebahagian peserta dan urusetia yang berkesempatan bergambar bersama dengan penceramah

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdJA3~