Pameran Kesedaran Kanser Wanita Di INTROP | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER (CaRE)
» BERITA » Pameran Kesedaran Kanser Wanita di INTROP

Pameran Kesedaran Kanser Wanita di INTROP

Serdang, 21 Ogos 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan pameran kesedaran kanser wanita bertempat di Tingkat 1, Institut Pertanian Tropika (INTROP) UPM bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan CaRE sebagai sebuah pusat yang menawarkan pendidikan, saringan, pengurusan dan perkhidmatan sokongan kanser kepada masyarakat. Selain itu, program ini juga dapat memberi maklumat dan kesedaran kepada peserta tentang penyakit kanser wanita terutamanya kanser payudara. Program ini telah melibatkan seramai 20 orang kakitangan INTROP yang berminat. Program bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Hakim dari Hannamar Medical dan berakihr dengan lawatan peserta ke lokasi pameran dan saringan kanser payudara.


Peserta mempelajari kaedah pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dari kakitangan CaRE


[ Bilangan perkataan :159 ]

Tarikh Input: | Kemaskini: | marianishaari

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
C1571111725