Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Msu, Shah Alam | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Msu, Shah Alam

Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Msu, Shah Alam

Serdang, 14 Januari 2016 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah menerima kunjungan daripada 60 orang pelajar Management & Science University (MSU). Bagi memenuhi objektif lawatan sambil belajar ini, CaRE telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kanser dan juga perkhidmatan yang dijalankan oleh CaRE. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh CaRE ialah (1) ceramah kesedaran kanser oleh Pengarah CaRE iaitu Prof. Dr. Latiffah Abd. Latiff, (2) sesi perkongsian pengalaman bersama Dr. Abdah Md Akim sebagai survivor kanser Lymphoma, (3) lawatan ke bilik sumber CaRE dan (4) lawatan ke Muzium Patologi.

 

 

Sesi bergambar antara staf CaRE bersama pelajar & juga pensyarah MSU

 

 

Sesi ceramah mengenai kanser oleh Prof. Dr. Latiffah Abdul Latiff, Pengarah CaRE

 

 

Sesi perkongsian pengalaman bersama wirawati kanser, Dr. Abdah

 

 

Lawatan ke bilik sumber kanser CaRE

 

 

Staf CaRE sedang memberi penerangan kepada pelajar MSU di Muzium Patologi

 

 

Para pelajar sedang mendengar penerangan oleh Dr. Hasni Mahayidin mengenai Muzium Patologi

 

 

CaRE amat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan sambil belajar dari pelajar-pelajar ini dan mengharapkan agar lebih banyak institut pengajian tinggi swasta atau awam yang ingin mengadakan lawatan lagi bagi menambah pengetahuan dan kesedaran tentang kanser dan gaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti menarik boleh dirancang sekiranya program seumpama ini mendapat sambutan ramai. CaRE mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah MSU, Cik Juju Nakasha atas lawatan mereka pada kali ini. Semoga hubungan kerjasama ini akan terjalin lagi pada masa akan datang

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdSAV~