Kanser Wanita : Kaedah Saringan Terkini Di Malaysia | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Kanser Wanita : Kaedah Saringan Terkini Di Malaysia

Kanser Wanita : Kaedah Saringan Terkini Di Malaysia

Serdang, 11 Februari 2015 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah menganjurkan satu program pendidikan bertajuk “Kanser Wanita: kaedah saringan terkini di Malaysia”. Program ini telah diadakan pada 10 Februari 2015 di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dr. Andi Anggeriana Andi Asri telah dijemput sebagai penceramah pada hari tersebut. Beliau adalah merupakan pakar Ginekologikal Onkologi dan pakar perunding kanan Obstetrik & Ginekologi Hospital Serdang serta adalah Timbalan Pengarah di CaRE. Seramai 83 orang peserta telah menghadiri ceramah motivasi pada petang tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPM.

 

 

Peserta program fokus mendengar maklumat yang disampaikan oleh penceramah

 

 

Menurut Dr. Andi, kanser adalah pembunuh senyap (silent killer), tetapi sekiranya kanser dapat dikesan pada tahap yang masih awal, kemungkinan untuk sembuh adalah sebanyak 100%. Beliau juga memaklumkan bahawa 70% - 75% pesakit kanser tidak mempunyai faktor risiko, bermakna sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk diserang kanser. Namun begitu, kebanyakan wanita tidak perlu risau kerana pada masa kini di Malaysia terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mengesan kanser. Apa yang penting adalah kesedaran untuk mendapatkan saringan kanser pada peringkat yang lebih awal perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai kesedaran ini, maka peratusan pesakit kanser dapat dikurangkan.

 

 

Dr. Andi Anggeriana, menyampaikan ceramah beliau

 

 

Pn Siti Fatimah menerangkan cara menggunakan alat CERVISAFE

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcVAU~