Kanser Suatu Rahmat - Saringan Kanser Payudara - Let's Fight Kanser | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Kanser Suatu Rahmat - Saringan Kanser Payudara - let's fight kanser

Kanser Suatu Rahmat - Saringan Kanser Payudara - let's fight kanser

Seri Kembangan, 19 Oktober - Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara bulan Oktober ini, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear dengan kerjasama Unit Sumber Pendidikan Kanser & Klinikal (CCARE, HPUPM) serta GHHS Healthcare Sdn, Bhd. menganjurkan program Program Kesedaran Kanser Payudara-Saringan Pengesanan Awal Kanser Payudara melalui pemeriksaan mamogram dan ultrasound payudara. Program bertemakan “Kanser Suatu Rahmat” ini telah diadakan pada 19 oktober bertempat di GHHS Healthcare, Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Program ini juga turut menjemput Pakar Klinikal Radiologi/Pengimejan Payudara, Pakar Perubatan Keluarga dan Pakar Genetik, Biologi Molekul dan Bioinformatik yang berpengalaman untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengesanan awal kanser payudara, keperluan ujian mutasi kanser payudara dan cara untuk menanganinya secara mental.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlansung antaranya ialah seperti berikut :

  1. Perkongsian ilmu daripada Pakar Klinikal Radiologi/Pengimejan Payudara,tentang pengesanan awal kanser payudara
  2. Perkongsian kaedah dan strategi dalam menangani dan menguruskan secara psikologikal. oleh Pakar Perubatan Keluarga.
  3. Perkongsian ilmu akar Genetik, Biologi Molekul dan Bioinformatik yang berpengalaman berkenaan keperluan ujian mutasi kanser payudara.
  4. Perkongsian pengalaman dan perjalanan pejuang kanser payudara.
  5. Booth Pameran daripada CCARE, PPDN dan beberapa agensi Luar.


Program ini dapat memberi manfaat terutama kepada pejuang kanser payudara untuk mendapat lebih maklumat, dokongan dan sokongan agar dapat meniup lagi semangat mereka dalam menghadapi rahmat ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

 

Tarikh Input: 27/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEaAA6~