Ceramah Motivasi : �Yes, Boss!!!� | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Ceramah Motivasi : �Yes, Boss!!!�

Ceramah Motivasi : �Yes, Boss!!!�

Serdang, 2 Mac 2015 – Ustaz Elyas Ismail telah dijemput oleh Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) untuk memberikan ceramah motivasi yang bertajuk “Yes, Boss!!!”. Ceramah ini telah diadakan pada 27 Februari 2015 di Dewan Kuliah 4, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Ustaz Elyas Ismail adalah merupakan penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia, beliau sering muncul dalam Motivasi Pagi di TV3 dan Tanyalah Ustaz di TV9. Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPM telah menghadiri ceramah motivasi pada petang tersebut.

 

 

Ustaz Elyas Ismail sedang memberikan ceramah kepada peserta yang hadir

 

 

Menurut Ustaz Elyas, kepimpinan bukanlah satu jawatan tetapi adalah merupakan satu proses. Yang berada di bawah harus sentiasa memberi ketaatan dan yang berada di atas pula harus menunjukkan keadilan kepada yang berada di bawahnya. Terdapat banyak lagi manfaat yang diperolehi melalui program ceramah ini. 

 

 

 

 

Para peserta gembira mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Elyas

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEUAAe~