CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA DAN PANGKAL RAHIM DI MASJID SULTAN YAHYA PETRA | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER (CaRE)
» BERITA » CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA DAN PANGKAL RAHIM DI MASJID SULTAN YAHYA PETRA

CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA DAN PANGKAL RAHIM DI MASJID SULTAN YAHYA PETRA

MACHANG, 1 Februari 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) dengan kerjasama Kelab Sihat Sejahtera (KaSih), Masjid Sultan Yahya Petra dan Klinik Kesihatan Machang telah menganjurkan Program Pengesanan Kanser Pangkal Rahim (Do-It-Yourself) CERVISAFE dan Kanser Payudara Tanpa Radiasi menggunakan EIT.

Program yang diadakan di Masjid Sultan Yahya Petra, Machang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Program ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada wanita di sekitar Machang tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara dan pangkal rahim di samping menyokong aktiviti pemerkasaan masjid sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal di Machang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah kanser wanita oleh YBhg. Prof. Dr. Latiffah A. Latiff yang telah disertai oleh seramai 300 orang wanita, pameran kesedaran kanser, saringan awal kanser payudara menggunakan EIT yang telah disertai oleh 23 orang wanita dan ujian pap smear konvensional yang telah dijalankan ke atas 14 orang wanita.


Pengarah CaRE, Prof Dr. Latiffah A. Latiff bergambar bersama staf CaRE dan peserta program


[ Bilangan perkataan :218 ]

Tarikh Input: | Kemaskini: | ctfarhanah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
C1571113007