
Cyberjaya, 20 Jun 2024 - Unit Sumber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program kesedaran kanser di Ruang Legar, Blok 2300 Century Square, Cyberjaya. Program ini dianjurkan oleh Protecthealth Corporation Sdn Bhd sempena Kempen Kesedaran Kanser (3K), yang memberi fokus kepada pencegahan, pengesanan awal, dan kaedah melakukan saringan kanser.
Acara ini telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh kakitangan Protecthealth serta komuniti di sekitar Cyberjaya. Seramai 7 orang jururawat dan 1 orang pelaksana dari HSAAS turut serta membantu melancarkan perjalanan program ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai pentingnya pencegahan dan pengesanan awal kanser, serta memberi sokongan kepada mereka dalam menguruskan kesihatan dengan lebih proaktif dan efektif.
Tarikh Input: 01/07/2024 |
Kemaskini: 01/07/2024 | aimerul
PERKONGSIAN MEDIA