SERDANG, 28 Ogos 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) dengan kerjasama Kumpulan Life Free From Cancer (LFFC) telah menganjurkan program pendidikan dan sokongan kanser Caring Beyond Cancer: In CaRE We Care. Program yang diadakan di CaRE bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah disertai oleh seramai 31 orang survivor kanser dan ahli keluarga. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah dijalankan bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pesakit/ survivor kanser payudara melalui aktiviti pendidikan, sokongan, kerohanian dan ramah mesra.
Forum membincangkan tentang isu-isu berkaitan kanser payudara telah dijalankan dan dibarisi ahli panel terdiri daripada Pengarah CaRE, Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud dan Timbalan Pengarah CaRE, Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik serta seorang survivor yang juga merupakan seorang doktor O&G, Dr. Shahbahiah. Disamping itu, terdapat topik yang membincangkan isu Pengurusan Insuran, Wasiat dan Harta yang telah disampaikan oleh penceramah dari Amanah Raya Berhad, Encik Hidayat Fitri Abdul Kadir dan pengisian rohani ‘Kanser Satu Anugerah’ yang telah disampaikan oleh Ustazah Zaimah Yaha. Sesi kumpulan sokongan juga telah diadakan bagi menyediakan platform bagi pesakit/ survivor kanser payudara untuk saling berkongsi maklumat, pengalaman dan cabaran sebagai pesakit kanser payudara. Selain itu, turut diadakan aktiviti santai dan ramah mesra serta solat secara berjemaah. Secara keseluruhan, program ini mendapat maklum balas yang baik dari peserta.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor