November Adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia #movember | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER (CaRE)
» ARTIKEL » November adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia #movember

November adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia #movember

Kaum lelaki iaitu bapa, suami, abang, adik lelaki dan rakan kita menghadapi krisis kesihatan yang kurang dibincangkan secara meluas seperti kesihatan wanita. Jangka hayat lelaki lebih singkat berbanding wanita dalam skala global. Oleh sebab itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berwajib telah menangani beberapa masalah kesihatan terbesar yang dihadapi oleh kaum lelaki: barah prostat, barah testis, kesihatan mental dan pencegahan kes bunuh diri.

KEMURUNGAN

Kemurungan merupakan salah satu gangguan kesihatan mental yang dialami oleh lelaki dan wanita. Namun, laporan-laporan kajian mendapati, wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan.

Ini kerana lelaki kurang mendedahkan masalah kemurungan yang mereka hadapi apatah lagi tampil untuk mendapatkan bantuan.

Namun, kes bunuh diri akibat kemurungan dalam kalangan lelaki di seluruh dunia dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Kebiasaannya lelaki menunjukkan tanda-tanda kemurungan berbeza dengan wanita seperti mudah marah, sikap lebih kasar dan agresif dalam perhubungan berbanding wanita yang kerap menangis dan sedih. Lelaki lebih suka memendam perasaan, melepaskan kesedihan atau marah kepada perkara lain seperti keganasan, alkohol, dadah dan membunuh diri.

Tidak ramai lelaki tampil mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah kemurungan yang dialami kerana malu, ego dan tidak mahu dianggap lemah. Lelaki perlu dapatkan bantuan atau bercakaplah dengan seseorang.

TTell someone you trust about your problems (kongsi masalah dengan orang yang dipercayai)

AAsk for help (minta bantuan)

LListen without judgement (mendengar tanpa menghukum atau menghakimi)

KKnow where to seek help (tahu di mana untuk mendapatkan bantuan)

Lelaki perlu ubah pandangan ini. Jangan berseorangan dan bertindaklah sekarang.

Kesihatan mental milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.

 

Disediakan Oleh: Pn. Shafikah Rahim

SUMBER:

www.moh.gov.my

http://sihatmalaysia.my/pelan-tindakan-kesihatan-lelaki-kebangsaan-2018-2023/

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157479702726237

Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 10/11/2020 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
B1606415888