
Kanser testis ialah pertumbuhan sel tidak normal yang bermula dalam buah zakar (testis) bagi lelaki. Fungsi testis penting di dalam sistem perkumuhan serta pembiakan. Testis terletak di dalam skrotum atau kantung zakar dan akan merembeskan hormon testosteron serta terlibat dalam proses penghasilan sperma. Kanser testis paling kerap menjejaskan lelaki muda yang berumur 15 hingga 40 tahu. Kanser testis dapat diubati secara sepenuhnya dan dapat mengelakkan ianya daripada merebak ke organ lain jika dikesan pada peringkat awal dan mendapatkan rawatan segera. Punca sebenar terjadinya kanser testis tidak diketahui, tetapi sering dikesan melalui ketulan keras yang tidak menyakitkan pada bahagian testis.
Berikut adalah antara faktor risiko kanser testis:
Pemeriksaan sendiri testis (PST) untuk sebulan sekali adalah langkah penting bagi mengesan awal kanser testis atau sebarang ketumbuhan yang tidak normal.
Cara Melakukan Pemeriksaan Sendiri Testis:
Laporkan sebarang perubahan pada testis dengan segera di klinik yang berdekatan.
Penyiasatan lanjut melalui ‘ultrasound scan’ atau CT scan boleh dilakukan. Sekiranya keputusan menunjukkan terdapat ketumbuhan, kebiasaannya pembedahan membuang sebelah testis akan dilakukan. Rawatan lain seperti kemoterapi dan radioterapi juga akan dijalankan jika kanser testis masih boleh dikawal.
Disediakan Oleh:
Puan Nor Farhana binti Zakariya
Unit Sumber Pendidikan Kanser Dan Klinikal
HSAAS UPM
Disemak Oleh:
Dr. Razif Bin Zainol Abidin
Unit Sumber Pendidikan Kanser Dan Klinikal
HSAAS UPM
Sumber rujukan:
https://www.pantai.com.my/ms/medical-specialties/oncology/testicular-cancer
https://hellodoktor.com/kanser/kanser-lain/kanser-testis-adalah/
Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 30/04/2026 | khairizal

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor