HARI STROK SEDUNIA 2023 | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » HARI STROK SEDUNIA 2023

HARI STROK SEDUNIA 2023

Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.

*29 OKTOBER setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia

Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar

  • Cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan    menggunakan singkatan huruf 'B.E.F.A.S.T.'

  • INGAT Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan SEGERA.

  • Rawatan segera perlu diberikan kerana serangan strok boleh menyebabkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

  • Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan oleh kekurangan darah beroksigen di bahagian otak.

  • Tingkatkan pengetahuan anda mengenai gejala awal strok. Tindakan pantas mungkin mampu menyelamatkan nyawa kita.

  • Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

INFOGRAFIK: 1 daripada 4 penduduk Malaysia boleh alami strok menjelang 2040

Hasil kaji selidik Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada 2016 menganggarkan seorang daripada empat penduduk Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 sekiranya tiada tindakan pencegahan diambil sejak awal.

Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim (Pegawai Jururawat)

Sumber:

https://twitter.com/BernamaTV/status/1454418036014739461

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Tarikh Input: 01/11/2023 | Kemaskini: 01/11/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcPAc~