DAGING (MANFAAT DAN BAHAYA) | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » DAGING (MANFAAT DAN BAHAYA)

DAGING (MANFAAT DAN BAHAYA)

BAGAIKAN menu penting, hidangan berasaskan ayam, lembu, kambing atau ikan sentiasa ada di meja makan kifa. Tambahan pula, sumberdaging mudah diperoleh di passr raya dan kedai runcit, menjadikan makanan itu "akrab" dengan selera kita. Namun, apabila rakyat semakin mengambil berat berkenaan makanan dan kesihatan, ramai yang ragu berkenaan daging sehingga ada yang langsung tidak menjamahnya.

Dalam sains, daging didefinisikan sebagai tisu-tisu haiwan yang boleh dimakan. Biasanya daging bermaksud otot rangka dan lemak, tetapi paru-paru, hati, kulit, sumsum tulang dan ginjal turut termasuk dalam kategori daging. Namun, banyak lebih faham daging sebagai daging haiwan mamalia seperti lembu dan kambing, manakala telur dan haiwan laut tidak digelar sebagai daging.

Daging terbahagi kepada dua, iaitu daging merah dan daging putih. Daging merah berwarna lebih gelap, contohnya daging lembu, kambing, rusa dan kuda, manakala daging putih berwarna cerah, seperti daging ayam dan arnab. Secara kasarnya, semakin merah daging semakin banyak zat besi di dalamnya. Daging merah menjadi sumber utama zink yang mencegah penyakit anemia dan baik untuk kesihatan sistem pembiakan, terutamanya lelaki.

Daging haiwan menjadi sumber utama vitamin B, iaitu tiamina (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), biotin (B7), piridoksina (B6), kobalamin (B12), asid pantotenik dan asid folik yang penting kepada manusia. Daging juga mempunyai sumber mineral penting seperti zat besi, kuprum, zink dan mangan. Sekiranya vitamin ini berkurang, kesihatan tubuh kita mungkin merosot.

Kromium, sejenis mineral yang jarang- jarang diperkatakan banyak terdapat dalam daging. Kromium membantu badan mengawal paras gula dalam darah kerana   kromium berfungsi membantu gerak kerja insulin. Kromium juga mempunyai peranan kimia yang bekerja bersama-sama bahan lain untuk merendahkan lemak dalam darah dan meningkatkan kepekatan kolesterol baik (HDL). Tambahan pula, kromium terlibat dalam tindak balas imun dan menghantar maklumat daripada sarafke otak.

Daging turut menyediakan selenium yang bersifat anlioksida, kuprum, fosforus dan magnesium untuk tulang, kalium untuk pengimbang natrium dan membantu mengawal tekanan darah.

Daging dalam Islam

Daging adalah makanan terlazat di atas dunia dan juga di syurga. Sabda Rasulullah SAW, “Penghulu segala makanan penduduk di dunia dan di syurga ialah daging.” Hadis ini menggambarkan bahawa manusia memang gemar memakan daging. Manakala hadis Buraidah meriwayatkan, “Sebaik-baik lauk didunia adalah daging.

Beberapa hadis lain turut menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri memakan daging serta hasil tenusu daripada haiwan ternakan. Baginda juga tidak melarang umat Islam mengambil daging sesuai dengan syariat yang menghalalkan daging, melainkan khinzir dan beberapa kategori lain, misalnya daging bangkai, haiwan yang tidak disembelih, haiwan mati tersepit, mati kemalangan, haiwan liar dan sebacainya menurut ilmu fikah.

Golongan Vegetarian

Golongan vegetarian adalah mereka yang tidak memakan daging, terutamanya daging merah. L. Dunne menyatakan dalam bukunya, The Nutrition Almanac bahawa golongan vegetarian mempunyai kurang vitamin B12 di dalam badan mereka. Vitamin B12 membantu otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik dan membantu membina sel-sel darah merah. Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia yang boleh membawa maut dan merosakkan saraf serta sistem penghadaman.

Anemia ialah sejenis penyakit akibat kurang zat besi di dalam badan. Zat besi penting untuk,pembentukan hemoglobin. Hemoglobin ialah bahan di dalam darah yang bertugas sebagai pengangkut, membawa oksigen ke tisu badan. Kekurangan zat besi mengakibatkan hemoglobin tidak dapat dihasilkan secukupnya. Pesakitakan menjadi letih, tidak dapat menumpukan perhatian, kurang upaya untuk melakukan kerja, ketahanan menurun dan kelihatan pucat.

Cara Memakan Daging

Daging perlu diambil dalam nisbah yang secukupnya. Tidak lebih dan tidak kurang. Begitu juga cara masakan dan kuantiti daging yang diambil turut mempengaruhi kesihatan seseorang. Mengikut panduan piramid makanan, daging perlulah diambil secara sederhana, iaitu sebanyak dua hingga tiga hidangan sehari. ElaKKan pengambilan secara berlebihan kerana kewujudan penyakit amat berkait rapat dengan apa-apa yang dimakan.

Kurangkan Daging dalam Menu

Makanlah apa-apa jua daging yang disukai selagi halal, tetapi jangan makan berlebihan kerana daging mengandungi banyak lemak, terutamanya lemak tepu. Semasa hendak memasak, lapisan lemak hams dibuang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Menanggalkan kulit ayam juga mengurangkan kandungan lemak yang masuk ke dalam badan anda. Untuk mengambil zat daripada daging, sebaik-baiknya pilihlah daging tidak berlemak.

Utamakan yang Lebih Baik

Islam mengutamakan makanan yang baik berbanding dengan yang kurang baik. Contohnya, antara ayam, burung dan itik, burung lebih diutamakan berbanding dengan itik manakala itik lebih diutamakan berbanding dengan ayam. Burung haiwan yang cergas dan bijak. Daging itik dan angsa lebih baik berbanding dengan ayam kerana haiwan ini lebih banyak bersenam, Daging haiwan ini mempunyai lebih banyak lemak mono tepu dan lemak tidak tepu. Mereka juga jauh daripada suntikan hormon dan antibiotik berbanding dengan ayam daging yang diternak semata-mata untuk dipasarkan. Di samping itu, ada juga ayam yang diternak dengan menggunakan bahan-bahan organiK seperti penggunaan herba habbatus-sauda'. Namun, jumlahnya masih berkurangan.

Gilirkan Karbohidratdan Protein

Otak kita mempunyai tiga jenis bahan kimia utama untuk berfungsi dengan baik. Salah satu bahan kimia yang diperlukan ialah serotonin. Serotonin membantu meningkatkan mood, menguatkan ketahanan badan, meningkatkan kualiti iidur dan mengawal selera makan.

Pengambilan karbohidrat dan protein mempengaruhi jumlah triptofan, iaitu bahan yang menghasilkan serotonin. Kajian yang dijalankan ke atas pesakil stres menyimpulkan,"Mengambil lebih karbohidrat dan kurang protein membantu meningkatkan jumlah serotonin dan menyebabkan emosi bertambah baik dan pesakit mudah tidur. Kaedah ini sebaik-baiknya diambil semasa makan malam.

Berbeza dengan makan tengah hari, sebaik-baiknya mengambil rendah karbohidrat dan tinggi protein. Cara makan begini membantu menghasilkan dopamin yang berperanan mengatur pergerakan, menjadikan kita aktif dan bermotivasi serta berada dalam mood yang baik."

Cara Masak yang Sihat

Di samping memberikan kesan baik, daging juga boleh menyebabkan kanser. Menurut Karen Collins, R.D., daging banyak menyumbang kepada kanser kolorektal. Kajian Kohort ini dilakukan ke atas warga Eropah dengan cara mereka diberi makan daging selama lima tahun. Hasilnya dirumuskan, seorang individu yang banyak makan daging berisiko 36 kali ganda mendapat kanser berbanding dengan mereka yang kurang memakan daging.

Bagaimanakah daging memberikan impak kanser? Cara masak memainkan peranan utama. Daging sebaik-baiknya direbus atau dikukus. Sekiranya sebelum ini suka masakan bersantan, pastikan selepas ini amalkan makanan sup atau tanpa santan. Daging bakar dan panggang sungguh enak, tetapi makanan itu mengandungi karsinogen yang menyebabkan kanser. Permukaan daging bakar atau panggang yang hangus terdapat hidrokarbon poliakrilamida (PAH). PAH ialah karsinogeh yang boleh merosakkan DNA serta merangsang kanser. Oleh itu, makanlah daging bersama-sama sayur dan buah yang banyak bertindak sebagai antioksida yang menentang sel-sel kanser.

Makan Kurang Daging untuk Menjaga Bakteria Perut

Jumlah daging yang anda makan mempengaruhi bakteria yang hidup di dalam perut. Bakteria ini bertugas memfermentasikan sisa makanan yang tidak dicerna sama ada untuk menghasilkan zat ataupun toksik. Pengambilan daging yang banyak meningkatkan kadar bakteria bahaya yang menghasilkan toksin.

Antara Homosisteina dengan Daging Selain mengambil daging, kita digalakkan mengambil sayuran, ikan, bijirin, susu dan produk tenusu dan buah-buahan secara seimbang untuk mengelakkan kita menumpu' kepada jenis makanan tertentu sahaja. Tabiat makan sebegini boleh menyebabkan seseorang tidak mendapat nutrisi yang secukupnya dan kurang zat tertentu, langsung mendedahkan seseorang kepada penyakit. Contohnya, asid folik, vitamin B6 dan B12 yang tidak mencukupi boleh meningkatkan lahap homosisteina, iaitu kompaun yang terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses dalam darah.

Ada teori yang mengaitkan homosisteina dengan penyakit jantung. Sekiranya homosisteina meningkat, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi. Biasanya, sekiranya tubuh seseorang individu kurang asid folik, vitamin B6 dan B12 maka kandungan homosisteina akan meningkat. Mereka mendapati homosisteina berupaya mempercepatkan arteriosklerosis yang akhirnya merosakkan dinding arteri serta merendahkan keupayaan dinding sel bekerja dan mengakibatkan salur arteri tersumbat.

Berdasarkan kajian Dr. Mac Culley daripada Universiti Harvard yang dikenal sebagai “Bapa Teori Homosisteina Penyakit Jantung”, apabila homosisteina terlalu banyak dalam darah, arteri akan rosak dan plak akan terbentuk. Hasilnya berlakulah arteriosclerosis dan penyakit jantung. Ia bertambah cepat sekiranya badan kekurangan vitamin B6, B12 dan asid folik.

Selain daripada itu, daging juga mempunyai banyak metionina. Secara normal, metionina akan ditukar kepada homosisteina dan begitulah sebaliknya. Badan kita memerlukan sedikit metionina untuk mencegah ketidaknormalan pada rambut, kulit dan kuku, membantu mengawal paras kolesterol darah dengan meningkatkan pengeluaran lesitin oleh hati dan melindungi buah pinggang. Namun, sekiranya metionina terlampu banyak, homosisteina akan terhasil dan seterusnya merosakkan arteri .

Untuk menstabilkan keadaan , seseorang yang suka memakan daging perlu mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan yang mengandungi ketiga-tiga mineral tersebut kerana homosisteina boleh ditukar kepada metionina atau disingkirkan dari bahan oleh mineral itu. Protein tumbuhan sepertisayuran, bijiran, kekacang mengandungi kurang metionina sekiranya dibandingkan protein daripada daging ikan dan produk tenusu. Diet banyak tumbahan menghasilkan kurang homosisteina malahan membekallan vitmin B yang tinggi.

Menurut Dr. Mac Culley, sekiranya anda mengambil vitamin B6, B12 dan asid folik secukupnya, paras homosisteina dalam darah akan menurun dan anda kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Hidangan daging tidak salah untuk menambahkan selera makan keluarga anda. Patikan jenis, cara masak dan kuantiti bersesuaian melengkapi diet seimbang bagi mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Sabda Rasulullah, “penghulu segala makanan penduduk di dunia dan di syurga adalah daging”.

Samhani Ismail dan Nurul Hanisah Juharai

 

 

Tarikh Input: 23/04/2019 | Kemaskini: 23/04/2019 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdGAd~