Bulan Kesedaran Kanser Darah Sedunia Dan Hari CML Sedunia | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » Bulan Kesedaran Kanser Darah Sedunia Dan Hari CML Sedunia

Bulan Kesedaran Kanser Darah Sedunia Dan Hari CML Sedunia

Fakta 1
 
Chronic Myeloid Leukaemia atau Myeloid Leukemia Kronik adalah sejenis barah sum-sum tulang atau barah darah yang menyebabkan terlalu banyak sel darah putih yang belum matang mengalir didalam saluran darah. Ia digolong sebagai Philadelphia positive MyeloProliferative Neoplasm (Ph+ MPN)
 
Calitan Sum-Sum Tulang Normal
 
 
Calitan sum sum tulang CML

 
 
Fakta 2.
CML adalah merupakan penyakit barah PERTAMA DIBUKTIKAN kromosom yang tidak normal mampu menyebabkan kejadian barah. Pada tahun 1960, Dr Peter C Nowell dari  University of Pennsylvania School of Medicine dan Dr David Hungerford dari Fox Chase Cancer Center’s Institute for Cancer Research menamakan kromosom ini  Philadelphia Chromosome.
 
Dr Peter C Nowell
 
 

 

 
Fakta 3.
 
Hari CML sedunia disambut pada 22 hb September (22/9) setiap tahun bersempena translokasi sebahagian kecil kromosom 9 kepada kromosom 22.
 
 
 
 
 
Fakta 4.
 
Rawatan canggihnya yang terkini mampu mengelak atau melambatkan cara rawatan pemindahan sum-sum tulang ke atas pesakit dengan hanya mengambil rawatan memakan pil khas direka untuk mengatasi kromosom Philadelphia iaitu TKI atau tyrosine kinase inhibitor yang pertama didunia dipanggil Glivec di Malaysia.
Oleh itu ia juga adalah barah pertama yang dirawat dengan rawatan memakan pil. Walaubagaimanapun kajian sehingga kini membuka kepada maklumat-maklumat baru bahawa ada segelintir pesakit CML masih berisiko untuk mengalami mutasi.
 
 
 
Link penerangan:

Treatment of CML | Tyrosine Kinase (TK) Inhibitors
https://www.youtube.com/watch?v=qeat74XSmcE

 
Strategies in Chronic Myeloid Leukemia: The Evolving Treatment Landscape
 
 
 
Fakta 5.
 
Bebanan CML di Malaysia adalah sama seperti di negara lain. Menurut Malaysian National Cancer Registry Report 2007–2011, prevalen CML di Malaysia adalah 573, iaitu 12.5% dari jumlah kes leukemia dalam negara. Pendaftaran kes CML adalah dibawah Malaysian Patient Assistance Program (MyPAP) iaitu kerjasama antara syarikat dan orang awam iaitu antara KKM dan syarikat farmaseutikal Novartis, diurus oleh organisasi global tidak berkeuntungan (The Max Foundation), dengan sokongan Malaysian Society of Haematology.
 
Link data:
 
https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0256804
 
http://www.maxfamily.org/
 
 
Disediakan oleh: Profesor Madya Dr Bahariah Khalid

Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEYUAZ~