ANUGERAH KEHIDUPAN! (HARI DERMA ORGAN SEDUNIA: 13 OGOS 2023) | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » ANUGERAH KEHIDUPAN! (HARI DERMA ORGAN SEDUNIA: 13 OGOS 2023)

ANUGERAH KEHIDUPAN! (HARI DERMA ORGAN SEDUNIA: 13 OGOS 2023)

Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar penderma selepas kematian masih sedikit.

Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia meninggal dunia.Transplantasi (Pemindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.

Program Jom Ikrar Derma Organ diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat berkaitan pendermaan organ selepas kematian sejak 1999 oleh Pusat Sumber Transplan Nasional.

Jenis Penderma

  1. Penderma Hidup

    Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

    • Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related)
    • Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related)

    Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

  2. Penderma Kadaverik

    Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi 2 jenis:

    Kematian Otak Hanya penderma yang kemaian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Penderma yang mati otak adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung tidak berfungsi.

Kematian Jantung Berhenti Berdegup
Kematian ini adalah kematian normal dimana seseorang itu disahkan mati kerana jantung terhenti berdegup

  • Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.
  • Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. 
  • Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). 

Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Organ & tisu yang boleh didermakan di Malaysia  

Organ-organ:  

  • buah pinggang, 
  • jantung, 
  • hati (hepar), 
  • paru-paru dan
  • pankreas. 

Tisu-tisu:

  • mata, 
  • tulang, 
  • kulit dan 
  • injap jantung. 

Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐦𝐮𝐫𝐧𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭.

Ia amat penting supaya waris mengetahuinya dan dapat menunaikan hasrat berkenaan jika anda layak apabila tiba masanya.

Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma?
Sesiapa pun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda Adalah Seorang Penderma?

Tidak! Para doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.

Berdasarkan laporan National Transplant Procurement Management (NTPM) mendapati alasan tidak tahu hajat si mati merupakan alasan kedua tertinggi diterima daripada waris untuk sebab penolakkan (refusal) menjadi penderma organ kardaverik bagi kes rujukan berpotensi menjadi penderma bagi tempoh 2001 hingga 24 Mei 2023.

Pusat Sumber Transplan Nasional

Jabatan yang dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyebarkan maklumat yang betul dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang pendermaan organ dan transplantasi. Objektif utama penubuhannya adalah untuk mendapatkan lebih ramai pengikrar pendermaan organ untuk pendermaan kadaverik (selepas kematian) dan berperanan sebagai pusat pendaftaran pengikrar penderma organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data tentang bakal penderma-penderma ini. 

Pusat ini berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-persatuan pelajar, badan korporat dan agensi kerajaan serta pihak media didalam menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ dan program transplantasi melalui ceramah, kaunter bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya. Maklumat lanjut tentang pendermaan organ boleh melayari laman web Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 atau email ke ntrc@moh.gov.my.

Kini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ menerusi aplikasi MySejahtera.

Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ.

#JomIkrar
#DermaOrgan

 

Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim (Pegawai Jururawat)

Sumber:

www.dermaorgan.gov.my

https://www.infosihat.gov.my/projek-khas/derma-organ.html

https://www.infosihat.gov.my/images/projek_khas/Derma_Organ/Ris_DermaOrganDemisebuahKehidupan_BM.pdf

http://www.myhealth.gov.my/derma-organ/

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh Input: 09/08/2023 | Kemaskini: 10/08/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEcAAF~