Usus Sihat, Hidup Sejahtera | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » Usus Sihat, Hidup Sejahtera

Usus Sihat, Hidup Sejahtera

Satu Langkah Untuk Elak Kanser Kolorektal" adalah melalui Pemakanan sihat.

Tabiat dan pemakanan sihat untuk usus adalah salah satu cara terbaik untuk mencegah kanser kolorektal. Beberapa pilihan makanan dan amalan pemakanan yang baik untuk usus adalah:-

 

 Serat: Melancarkan pencernaan dan menyokong bakteria baik dalam usus. Contoh makanan buah-buahan, sayuran, kekacang, dan bijirin penuh.

 

Probiotik & Prebiotik: Probiotik menyokong sistem pencernaan, prebiotik merangsang pertumbuhannya. Contoh makanan yogurt, kefir, tempe, bawang, asparagus.  

 

Lemak Sihat: Menyokong membran sel dan penyerapan vitamin. Contoh makanan minyak zaitun, alpukat, kacang, ikan berlemak.

 

 Makanan Anti-Radang: Mengurangkan keradangan yang meningkatkan risiko kanser. Contoh makanan kunyit, halia, beri biru, sayuran hijau gelap.

 

Kurangkan Daging Merah & Daging Proses: Dikaitkan dengan risiko kanser. Pilih protein sihat seperti ayam tanpa kulit, ikan, kekacang.

 

Cukup Air: Melancarkan pencernaan dan mengelakkan sembelit.

 

Kurangkan Gula & Karbohidrat Olahan: Diet tinggi gula dan karbohidrat olahan meningkatkan risiko kanser. Pilih karbohidrat kompleks.


Vitamin D: Mengawal pertumbuhan sel dan keradangan. Makanan: Ikan berlemak, telur, produk tenusu diperkaya, cahaya matahari.

Selain memilih makanan diatas, pengambilan sumber antioksidan juga perlu ditingkatkan bagi membantu mengurangkan risiko kanser. Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas yang merosakan sel-sel dan meyumbang kepada pembentukkan sel kanser. Oleh itu, tingkatkan pengambilan sumber antioksidan khususnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari serta amalkan gaya hidup yang aktif dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain. Berikut adalah sumber makanan yang tinggi antioksidan.

Makanan yang kaya dengan antioksidan perlulah diambil secara mencukupi. Ini kerana setiap antioksidan mempunyai peranan tertentu yang tidak boleh ditukar ganti antara satu sama lain. Oleh sebab itu, penting untuk mempelbagaikan dan mengambil makanan seimbang terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada dimasak atau dimakan mentah.

Saringan adalah langkah penting dalam pengesanan awal dan mencegah diri anda daripada mengalami kanser kolorektal. Ujian saringan dapat mengesan kanser kolon dan rektum pada peringkat awal.

Ujian saringan utama kanser kolorektal adalah:

  • Ujian Najis seperti Ujian Darah Tersembunyi di Dalam Najis (FOBT)
  • Kolonoskopi atau Kolonoskopi Maya
  • Sigmoidoskopi atau Sigmoidoskopi Fleksibel

 

Disediakan oleh: 

Noraziah Nasir
Pusat Sumber Pendidikan Kanser Dan Klinikal, HSAAS UPM

Sumber:
https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/kanser/kanser-kolorektal/kanser-kolorektal-kanser-usus

https://hellodoktor.com/kanser/kanser-kolorektal/radang-usus/

https://powerfulpatients.org/ms/tag/antioxidants/

 

Date of Input: 06/03/2025 | Updated: 06/03/2025 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
Z, (11:01:14pm-11:06:14pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]