Tips Berhenti Merokok: Komitmen Untuk Berhenti (WNTD2021) | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » Tips Berhenti Merokok: Komitmen Untuk Berhenti (WNTD2021)

Tips Berhenti Merokok: Komitmen Untuk Berhenti (WNTD2021)

 

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan
risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40
jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru,
penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.
Merokok boleh memberi kesan kepada hampir
setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau
    mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung
      dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma


Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.

Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan
    merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan
    kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-
    paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit
    perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema
    dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia
    memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh
    mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda)
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'


Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling
penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok


TEKNIK BERHENTI MEROKOK


Tip Berhenti Merokok 12 M:

  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gula-gula getah dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Menggunakan Terapi Penggantian Nikotin daripada Klinik Berhenti Merokok
  9. Mandi dengan kerap dan cuci tangan selalu
  10. Meregangkan otot
  11. Meditasi
  12. Memohon doa

 

DISEDIAKAN OLEH: Pn. Shafikah Binti Rahim

RUJUKAN:

https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/42-tips-berhenti-merokok

https://www.nicorette.com.my/ms?&utm_source=google.com&utm_medium=cpc&utm_term=berhenti_rokok&utm_campaign=nicorette_alwayson_generic_bm

https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/wellbeing/stop-smoking/smoking-tips

http://www.webmd.com/smoki.../ss/slideshow-tips-quit-smoking

https://www.webmd.com/smoking-cessation/ss/slideshow-13-best-quit-smoking-tips-ever

Date of Input: 31/05/2021 | Updated: 09/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEaOAm~