TIGA CAMPUR SATU! | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » TIGA CAMPUR SATU!

TIGA CAMPUR SATU!

PENEMUAN UTAMA TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI 2023

Tiga tambah satu jadi empat! Betul dan banyakkan? Kalau banyak mestilah bagus!.. tapi…tiga tambah satu dalam penemuan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 adalah sesuatu yang tidak bagus, Dalam tinjauan yang dibuat pada 11 Julai sehingga 29 September 2023 yang melibatkan seramai 13,616 responden, mendedahkan penemuan terpenting yang memberi Gambaran terkini mengenai status kesihatan rakyat Malaysia. Antara penemuan utama ialah 2.5% dewasa (lebih daripada setengah juta) di Malaysia menghidap tiga (3) penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi serta factor risiko obesity. Ini bukan sahajka isu Kesihatan melibatkan individu dan kel;uarga, tetapi ia juga merupakan satu beban kepada negara kerana kos untuk merawat penyakit kronik adalah tinggi.

 

Melalui Agenda nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan usaha bersepadu daripada semua pihak, kitab oleh memupuk budaya hidup sihat dalam jangka masa pendek, sederhana dan Panjang. Usaha ini bukan Sahaja akan mengurangkan prevalens penyakit tidak berjangkit tetapi juga akan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dan memastikan Malaysia menuju kea rah Masyarakat yang lebih sihat dan produktif.  

 


Dengan maklumat diperoleh daripada NHMS 2023 Kementerian Kesihatan boleh merancangdan melaksanakan strategi Kesihatan awam yang lebih berkesan untuk mengurangkan prevalens penyakit tidak berjangkit. Ini termasuklah menguatkuasakan polisi Kesihatan awam, memperkukuhkan program pendidikan Kesihatan, menggalakkan Kerjasama antara pelbagai pihak, meningkatkan dan memperkukuhkan infrastruktur Kesihatan dan intervensi perubatan untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan factor risiko mereka.

 

Dengan usaha bversepadu dari semua pihak, diharapkan kesejahteraan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan. Usaha ini bukan Sahaja akan mengurangkanprevalens penyakit tidak berjangkit, tetapi juga kan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dan memastikan Malaysia menuju kearah Masyarakat yang lebih suhat dan produktif.

(untuk laporan penuh NHMS 2023, layari https://iku.gov.my/nhms)

 

 

Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim (Pegawai Jururawat HSAAS)

Sumber:

Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

https://iku.gov.my/nhms

 

 

 

 

Date of Input: 23/07/2024 | Updated: 23/07/2024 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
Z, (09:35:53pm-09:40:53pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]