Sejarah Hari Kanser Paru-paru Sedunia | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » Sejarah Hari Kanser Paru-paru Sedunia

Sejarah Hari Kanser Paru-paru Sedunia

Kanser paru-paru adalah penyakit yang jarang berlaku pada awal abad ke-20 tetapi insiden ini semakin meningkat dengan peningkatan tabiat merokok dan ia menjadi jenis kanser yang paling biasa di dunia. Kanser paru-paru menyumbang 12.8% kes dan 17.8% kematian akibat kanser di seluruh dunia. Kanser paru-paru adalah penyakit yang dapat dikurangkan atau dicegah.

 

Faktor-faktor yang berperanan dalam perkembangan kanser termasuk produk tembakau, produk industri (uranium, radiasi, asbes) pencemaran udara, dan kekurangan nutrisi. Kajian terbaru menunjukkan bahawa faktor kritikal yang meningkatkan risiko barah paru-paru adalah pernafasan jangka panjang bahan karsinogenik.

 

Kajian kawalan kes epidemiologi pada tahun 1950-an membuktikan bahawa merokok sangat berkait rapat dengan kanser paru-paru. Penemuan pertama bahawa merokok adalah penyebab kanser paru-paru adalah diterbitkan pada tahun 1962.

 

Merokok merupakan faktor utama pengembangan penyakit kanser paru-paru sebanyak 94%. Risiko kanser paru-paru adalah 24-36 kali lebih tinggi pada perokok berbanding bukan perokok. Risiko sebanyak 3.5% untuk perokok pasif. Faktor yang mempunyai pengaruh terhadap risiko kanser paru-paru adalah usia ketika mula merokok, tempoh merokok, jumlah rokok yang dihisap, jenis tembakau dan rokok.

Oleh itu, anda seharusnya;

  1. Jangan merokok kerana merokok menambahkan risiko penyakit strok (angin ahmar). Lakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan mahupun melakukan hobi harian.
  2. Alihkan keinginan untuk merokok dengan berfikir secara positif. Kuatkan tekad untuk berhenti merokok.
  3. Mengamalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Lakukan saringan awal kanser paru-paru atau pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti yang disarankan.

Sumber rujukan:

https://www.daysoftheyear.com/days/world-lung-cancer-day/?timezone_offset=nan#:~:text=World%20Lung%20Cancer%20Day%20(1st%20August)%20%7C%20Days%20Of%20The%20Year

Tarikh Input: 03/08/2020 | Kemaskini: 13/05/2022 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdPAr~