ROKOK MEMBUNUH ANDA DAN ORANG SEKELILING….. | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » ROKOK MEMBUNUH ANDA DAN ORANG SEKELILING…..

ROKOK MEMBUNUH ANDA DAN ORANG SEKELILING…..

Kira-kira 20,000 orang rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok. Rokok merupakan penyebab utama kanser paru-paru jenis non-small cell. Sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas penyelidikan berkaitan rokok dan kanser paru-paru. Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia dan hampir 70 daripadanya boleh meningkatkan risiko kanser antaranya ialah karbon monoksida, amonia, benzena, nitrosamin, hidrogen sianida, arsenik dan kadmium.

Dalam badan manusia, terdapat berjuta DNA yang membina tubuh dan membolehkan kita berfungsi dengan baik. DNA ini boleh dilemahkan oleh bahan-bahan kimia dalam rokok. Apabila DNA ini rosak, maka tiada lagi penghalang untuk berlakunya kanser. Selain itu, asap rokok mengandungi racun tersembunyi yang akan melemahkan imuniti badan. Apabila imuniti badan lemah, maka fungsi untuk melawan sel kanser daripada terus merebak tidak dapat dijalankan.

Bahaya asap rokok bukan saja kepada perokok akan tetapi bahayanya juga akan turut dikongsi kepada perokok pasif. Perokok pasif berisiko untuk menghidap kanser paru-paru adalah sehingga 20-30 peratus. Justeru itu, wujudnya laman web JomLapor yang berfokus pada advokasi bagi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] melalui bukti fotografi bagi memerangi tabiat merokok/vape. Antara kesalahan yang boleh dilaporkan melalui laman web tersebut adalah pengiklanan atau promosi produk merokok, penjualan di kawasan terlarang seperti institusi pendidikan dan pasar jualan serta penjualan kepada Orang Belum Dewasa (OBD). Kesemua gambar yang dikongsi di laman web ini adalah anonim (tidak dikenal pasti) dan identiti pelapor akan dilindungi sepenuhnya serta tidak akan didedahkan kepada umum. 


Selain itu, turut dilengkapi dengan JomQuit, yang membantu perokok berhenti merokok dan program Jom Sihat, yang mendidik masyarakat tentang bahaya merokok, khususnya dikalangan pelajar sekolah. Sehubungan itu, inisiatif menghentikan tabiat merokok akan memberi pelbagai kebaikan kepada perokok dan orang sekeliling terutamanya dari aspek kesihatan.

 

Disediakan oleh:

Puan Nor Farhana binti Zakariya (Jururawat)

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)

Universiti Putra Malaysia

 

Sumber:

https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/tak-merokok/merokok-kanser-paru

https://www.sinarharian.com.my/article/17726/bahaya-akibat-merokok

www.jomlapor.com

https://ncsmpg.blogspot.com/2020/07/terdapat-lebih-4000-jenis-bahan-kimia.html

 

Date of Input: 02/05/2025 | Updated: 02/05/2025 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
F, (11:01:14pm-11:06:14pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]