Program Survivor@Merdeka | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CaRE)
» ARTICLE » Program Survivor@Merdeka

Program Survivor@Merdeka

Malaysia Prihatin merupakan tema sambutan hari kemerdekaan yang ke-64 negara Malaysia. Bagi menyemarakkan semangat dan mendukung tema kemerdekaan, Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia mengambil inisiatif untuk meraikan ulangtahun survivor kanser yang lahir pada tahun bersejarah 1957. Program ini juga merupakan tanda solidariti CaRE bersama UPM dalam menyokong penganjuran program Patriotisme@putra sempena kemerdekaan.

Program yang diberi nama Survivor@Merdeka ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Persatuan Kanser Kanwork, Kumpulan Sokongan Kanser Life Free From Cancer (LFFC), Secret Recipe dan MiszBeauty Party House. Seramai  5 orang survivor kanser telah dipilih untuk menerima hadiah hari lahir berupa kek tajaan oleh Secret Recipe, set bahan pendidikan kanser terbitan CaRE dan cenderahati sumbangan MiszBeauty Party House. Bersesuaian dengan norma baharu, para survivor kanser yang diraikan telah menerima hadiah terus di pintu rumah masing-masing.

Bertemakan #CaREprihatin, objektif program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan dan menzahirkan keprihatinan CaRE terhadap survivor kanser yang lahir pada tahun kemerdekaan. Program sokongan kanser ini juga merupakan simbolik tanda penghargaan CaRE dan semua rakan kerjasama dalam usaha memberikan sokongan terhadap pesakit dan survivor kanser untuk meneruskan kehidupan dengan ceria dan gembira. Kanser bukanlah pengakhiran hidup tetapi permulaan sebuah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

Diharapkan sambutan hari lahir ini dapat memberikan inspirasi kepada pejuang kanser untuk terus kuat dan bersemangat dalam mendepani cabaran kanser. Semoga kemerdekaan Malaysia dapat terus dihayati dan Malaysia semakin pulih dari kemelut pandemik Covid-19.

Antara survivor kanser yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-64. Puan Khairun (kanan), Puan Zaharah (tengah) dan Puan Seribanon (kiri).

Date of Input: 01/09/2021 | Updated: 02/09/2021 | aimerul

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
BUJUHA:07:16