NAMPAK SAMA TAPI TIDAK SERUPA! INI PERBEZAAN ANTARA LIMFOMA DAN LEUKEMIA! | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CaRE)
» ARTICLE » NAMPAK SAMA TAPI TIDAK SERUPA! INI PERBEZAAN ANTARA LIMFOMA DAN LEUKEMIA!

NAMPAK SAMA TAPI TIDAK SERUPA! INI PERBEZAAN ANTARA LIMFOMA DAN LEUKEMIA!

Kanser tersebut ialah leukemia, limfoma dan juga myeloma dan ketiga-tiga kanser ini mempunyai penyebab dan simptom yang berbeza.

Kanser darah: Apa itu leukemia dan limfoma?


LEUKEMIA ialah sejenis kanser yang bermula daripada sumsum tulang. Kanser ini wujud dalam beberapa jenis.

Ada yang berlaku hanya pada kanak-kanak dan ada juga yang boleh menyerang orang dewasa. Apabila seseorang itu didiagnosis dengan leukemia, sel di dalam sumsum tulang akan mula berubah.

Sel leukemia tersebut akan membesar secara abnormal dan mengganggu sel-sel darah normal lain dalam salur darah manusia.

Terdapat 2 jenis leukemia yang utama iaitu “Acute Leukaemia” atau “Chronic Leukaemia”. Perbezaaan utama diantara kedua-dua jenis leukemia ini adalah kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. “Acute Leukaemia” adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding “Chronic Leukaemia” yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Setiap jenis leukemia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukemia ini mula terjadi iaitu dari jenis “myeloid” atau “lymphoid”. Dengan ini terdapat 4 kumpulan penyakit leukemia yang utama iaitu ;

  • Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
  • Chronic Lymphocytic Leukaemia (CLL)
  • Acute Myeloid Leukaemia (AML)
  • Chronic Myeloid Leukaemia (CML)

LIMFOMA pula ialah sejenis kanser yang menyerang sistem limfa badan. 2 jenis kanser limfoma yang utama ialah limfoma Hodgkin (Hodgkin lymphoma) dan limfoma bukan Hodgkin (non-Hodgkin lymphoma).

Sel darah putih dalam badan pesakit limfoma membesar dan membahagi tanpa kawalan. Sel-sel ini kemudiannya berkumpul di nodus limfa dan limpa pesakit lalu membentuk tumor.

Leukemia dan limfoma kedua-keduanya merupakan sejenis kanser darah. Tambah lagi, kedua-dua kanser ini juga memberi kesan terhadap sel darah putih dalam badan.

Walau bagaimanapun, punca dan cara merawat kedua-kedua penyakit ini adalah sangat berbeza.

Menurut Aaron Gerds, leukemia merupakan sejenis kanser darah yang mengalir dalam saluran darah.

Manakala, limfoma pula ialah sejenis kanser yang boleh membentuk tumor akibat penggumpalan sel darah putih.

Menurut kajian, lebih ramai yang menghidap limfoma jika dibandingkan dengan leukemia.

Laporan yang sama juga menyatakan bahawa kedua-dua jenis kanser ini lebih banyak menyerang lelaki daripada perempuan.

Walau bagaimanapun, limfoma mempunyai kadar kesembuhan yang lebih tinggi daripada leukemia.

Pada tahun 2018 sahaja, lebih 24 ribu individu telah meninggal dunia akibat leukemia. Manakala 20 ribu lagi meninggal dunia akibat limfoma.

 

Kenali simptom yang membezakan leukemia dan limfoma

Simptom kanser darah sukar untuk dibezakan. Disebabkan leukemia dan limfoma berasal dari jenis kanser yang sama, kedua-duanya mempunyai simptom yang hampir serupa.

Jika anda alami simptom di atas, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Walaupun leukemia banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak, penyakit ini juga turut menyerang orang dewasa.

 

Jenis kanser darah berbeza, faktor risiko pun berbeza

Pesakit leukemia dan limfoma mempunyai faktor risiko dan penyebab yang berbeza.

Limfoma Hodgkin (HL) dan Limfoma Bukan Hodgkin (NHL) mempunyai faktor risiko yang berbeza.

 

Satu kanser boleh membawa kepada kanser yang lain

Jika anda pernah menghidap salah satu jenis kanser darah, anda mempunyai risiko untuk menghidap kanser yang lain pula. Keadaan ini dipanggil kanser kedua ataupun second cancer.

Jika anda pernah menghidap limfoma bukan Hodgkin, besar risiko anda untuk menghidap kanser kepala dan leher. Anda juga berisiko untuk terkena leukemia.

Sama juga jika anda menghidap leukemia. Ini boleh jadi antara penyebab anda menghidap limfoma pada kemudian hari.

Tambahan lagi, pesakit yang menderita akibat myeloma pelbagai (multiple myeloma) akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap leukemia.

Walau bagaimanapun, risiko yang terbesar sudah tentulah dalam kalangan perokok. Pesakit yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena kanser kedua.

Selain itu, jangan lupa untuk bersenam, makan secara sihat, elakkan minum alkohol terlalu banyak dan kekalkan berat badan dalam lingkungan berat yang sihat.

 

Disediakan oleh: Pn. Shafikah Binti Rahim

Sumber Rujukan:

  1. Cleaveland Clinic. 2019. Are Leukemia and Lymphoma the Same Thing? November 26. Accessed August 5, 2020. https://health.clevelandclinic.org/are-leukemia-and-lymphoma-the-same-thing/.
  2. Mayo Clinic. 2018. Leukemia. March 13. Accessed August 5, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/leukemia/symptoms-causes/syc-20374373#:~:text=Leukemia%20is%20cancer%20of%20the,involves%20the%20white%20blood%20cells.
  3. Mayo Clinic. 2019. Lymphoma. October 17. Accessed August 5, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lymphoma/symptoms-causes/syc-20352638.
  4. MyHEALTH Portal. 2012. Leukemia. April 26. Accessed August 5, 2020. http://www.myhealth.gov.my/leukemia/.
  5. MyHEALTH Portal. 2012. Lymphoma. April 26. Accessed August 5, 2020. http://www.myhealth.gov.my/lymphoma/.
  6. The Leukemia & Lymphoma Society. n.d. Leukemia. Accessed August 5, 2020. https://www.lls.org/leukemia.
  7. The Leukemia. n.d. Lymphoma. Accessed August 5, 2020. https://www.lls.org/lymphoma.

Date of Input: 01/09/2021 | Updated: 01/09/2021 | aimerul

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
BUJUGA2:06:22