Kanser Sarkoma Ewing Lazim Di Kalangan Kanak-Kanak/ Remaja | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » Kanser Sarkoma Ewing Lazim Di Kalangan Kanak-Kanak/ Remaja

Kanser Sarkoma Ewing Lazim Di Kalangan Kanak-Kanak/ Remaja

Apakah kanser Sarkoma Ewing.

Kanser Sarkoma Ewing adalah kanser yang kebanyakkannya berasal daripada tulang namun ia juga
boleh berasal daripada tisu lembut. Bahagian tulang yang kerap berlaku adalah di tulang kaki,
tangan, pinggul, tengkorak dan tulang belakang. Tisu-tisu lain yang kerap berlaku pula adalah di
dada, tangan, kaki, kepala, leher dan di dalam abdomen.

PETUNJUK: BIRU – Bahagian sel kanser utama UNGU – Bahagian sel kanser merebak

Sarkoma tisu lembut adalah sekumpulan tumor malignan yang berasal dari tisu mesenkim primitif. Mereka menyumbang kira-kira 7-11% daripada semua neoplasma malignan zaman kanak-kanak. Separuh daripada sarkoma tisu lembut diwakili oleh rhabdomyosarcoma. Bersama dengan rhabdomyosarcoma, sarcomas sinovia, fibrosarcomas dan neurofibrosarcomas adalah yang paling biasa di kalangan kanak-kanak. Tumor tisu lembut rhabdomyosarcoma adalah lebih biasa pada orang dewasa.

Kanser ini kebiasaannya berlaku pada:

  1. Kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun ke atas tetapi
  2. 30% keberangakalian boleh berlaku pada orang dewasa.
  3. Lelaki dua kali lebih tinggi risiko menghidap kanser ini berbanding perempuan.

Kanser ini tidak melibatkan penyakit genetik.

Jenis-jenis Sarkoma Ewing.

Kanser Sarkoma Ewing boleh dikategorikan kepada 3 jenis.

  • Jenis pertama: Kerap berlaku, kanser berasal dari tulang anggota badan terutama tulang paha kaki dan tangan. Namun ia juga boleh berlaku pada tulang pelvis (punggung), dada dan tengkorak.
  • Jenis kedua: Mungkin berlaku pada tisu-tisu bersebelahan dengan tulang iaitu tulang rawan dan otot, “Extraosseous Ewing sarcoma”.
  • Jenis ketiga: Jarang berlaku iaitu
    1.  “Peripheral primitive neuroectodermal tumor (PPNET)” kanser yang berlaku di organ yang menyelaputi tulang iaitu di bahagian saraf bukan di tulang itu sendiri dan
       
    2. “Askin Tumor” sekiranya PPNET berlaku di kawasan tulang dada.


Cara untuk mengesan jika seseorang menghidap kanser ini / simptom kanser.


Kebanyakan masa pesakit akan mengalami pembengkakan di bahagian tulang tertentu. Pesakit juga boleh mengalami kesakitan atau kekejangan dibahagian terlibat seperti di kawasan tumor (lengan, kaki, dada, punggung, atau pelvis) selama beberapa minggu atau bulan. Namun adakalanya boleh menjadi parah. Keadaan Ini kadang kala disalah anggap oleh ibubapa sebagai lebam, atau mungkin disebabkan kecederaan sukan pada kanak-kanak.

Kadang-kadang pesakit datang dengan tulang patah secara tiba-tiba atau tidak sengaja semasa melakukan aktiviti biasa tanpa sebarang trauma.
Gejala lain termasuk:

  • Benjolan di dekat kulit yang terasa hangat dan lembut ketika disentuh
  • Demam bersuhu rendah berterusan
  • Tempang kerana kaki anda sakit
  • Sakit tulang yang semakin teruk ketika anda bersenam atau pada waktu malam
  • Tulang patah tanpa sebab yang jelas
  • Hilang berat badan
  • Selalu penat
  • Lumpuh atau hilangnya kawalan pundi kencing jika tumor berada di dekat tulang belakang anda


Benarkah kanser ini sering menyerang kanak- kanak/siapakah yang lazimnya menghidap


Ya, kanser Sarkoma Ewing ini kebanyakkannya menyerang kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun dan ke atas dan jarang berlaku pada dewasa berumur 30 tahun dan ke atas. Kebanyakan kes berlaku di dalam lingkungan umur 15-18 tahun. Ia berlaku setelah Sel DNA berubah selepas kelahiran, yang membawa kepada Sarkoma Ewing. Punca perkara ini berlaku masih belum diketahui.

Biasanya, faktor-faktor yang boleh mencetuskan kanser di kalangan kanak-kanak adalah berbeza daripada faktor-faktor yang menyebabkan kanser di kalangan orang dewasa. Ia sering disebabkan oleh perubahan DNA dalam sel yang berlaku pada awal kehidupan kanak-kanak, malah kadang-kadang ia berlaku ketika dia masih berada dalam rahim ibu.

Kanser kanak-kanak jarang dikaitkan dengan faktor-faktor risiko berkaitan dengan gaya hidup atau persekitaran. Dalam kebanyakan kes, mutasi (atau perubahan) gen yang tidak diwarisi dalam sel-sel yang berkembang adalah puncanya, tetapi oleh sebab kesilapan-kesilapan ini berlaku secara rawak dan tidak menentu, maka tiada langkah-langkah pencegahan yang berkesan.

Golongan jantina yang paling ramai menghidap kanser ini.

Golongan lelaki lebih banyak menghidapi kanser ini. Lebih kurang 1.6 kali ganda berbanding perempuan.

Benarkah penduduk Afrika dan Asia lebih ramai menghidap kanser ini dan puncanya. Benarkah ia diwarisi daripada dalam keluarga.

Tidak sama sekali. Penduduk Afrika dan Asia sangat jarang berlaku jika dibandingkan dengan penduduk Caucasian. Penduduk Caucasian insidennya ialah seorang di dalam 1 juta penduduk dalam masa setahun. Kanser ini boleh berlaku apabila gen di dalam badan iaitu di tulang mengalami ketidak stabilan /mutasi dan bertukar menjadi kanser. Perubahan protein pada kromosom 11 dan 22 menyebabkan protein EWS/FLI-1 terlebih di dalam badandan menjadi kanser. Dan jika ditanya mengapa gen ini menjadi tidak stabil, masih belum diketahui dan yang pasti bukan kerana penyakit

Berapa pantaskah kanser ini merebak dan bahagian tubuh yang terlibat.

Kanser ini selalu lambat di kesan kerana pesakit selalu memandang remeh akan pembengkakan tulang yang tidak sakit. Selain dari itu, kanser ini juga mengambil masa untuk mendapat diagnosis yang tepat di dalam masa yang pendek. Oleh itu, kebanyakan masa pesakit sudah mengalami simptoms lebih dari 3 bulan dan di tambah dengan masa untuk membuat kajian dan mendapat diagnosis kanser tersebut mengambil masa berbulan-bulan.

Oleh itu kebanyakan masa pesakit sudah diperingkat yang tinggi dan mungkin sudah merebak. Bahagian tubuh yang selalu kanser ini merebak adalah ke paru-paru. Tetapi tidak mustahil untuk kanser ini merebak ke organ yang lain. Peratusan kanser ini didapati sudah di tahap ke empat pada masa diagnosis adalah lebih kurang 20%.

Rawatan yang diberi kepada pesakit

Rawatan yang diberikan adalah pelbagai modaliti melibatkan banyak bidang kepakaran. Rawatan akan mengambil masa lebih kurang setahun.

Ia merangkumi:

  • Saiz tumor
  • Di mana ia telah merebak
  • Kesihatan keseluruhan pesakit

Keutamaan atau jenis rawatan pilihan pesakit, haruslah berbincang dengan doktor yang merawat seperti:

  1. Rawatan kimoterapi pada peringkat awal kemudian
  2. Pembedahan pembuangan kanser (doktor akan berusaha mengeluarkan tumor untuk menghentikan kanser daripada merebak. Dalam beberapa kes, mereka mungkin harus mengamputasi lengan atau kaki jika tumor telah banyak merebak) dan di teruskan lagi dengan
  3. Rawatan kimoterapi atau radioterapi sekiranya didapati kanser tidak respons begitu bagus pada kimoterapi dan pembedahan yang telah dilakukan.

Sekiranya rawatan berjaya, pesakit masih perlu berjumpa doktor selama bertahun-tahun. Ewing Sarkoma dapat kembali walaupun sedekad selepas diagnosis.

Kanak-kanak dengan Ewing sarkoma yang belum merebak mempunyai kadar penyembuhan setinggi 80%. Manakala jika tumor merebak, kadar peratusan penyembuhan jauh lebih rendah. Sangat penting untuk pesakit berjumpa doktor dengan segera sekiranya simptom ini berlaku pada anak anda.

Adakah kemungkinan kanser ini kembali menyerang pesakit?

Peratusan kanser ini akan kembali bergantung pada tahap ia mula dikesan. Sekiranya pada peringkat awal, rawatan yang di syorkan iaitu kimoterapi, pembedahan dan radioterapi, 70-80% pesakit mampu mencapai status bebas kanser selama 5 tahun. Manakala sekiranya dikesan pada tahap 4, peratusan bebas daripada simptoms kanser atau kanser menjadi lebih teruk sebanyak 20-40% selama 5 tahun.

Apakah faktor pemakanan memainkan peranan penting kepada pesakit yang telah menjalani rawatan?

Faktor pemakanan dengan nutrisi yang seimbang merupakan peranan penting semasa rawatan kimoterapi. Apabila berat badan berkurangan atau nutrien di dalam badan berkurang di sebabkan pemilihan makanan tertentu,ia akan menyebabkan pesakit mendapat kesan sampingan yang berlebihan semasa rawatan kimoterapi.

  • Mengamalkan pemakanan yang berzat adalah penting semasa rawatan.
  • Individu yang makan dengan sempurna dapat mengatasi kesansampingan dengan lebih baik dan dapat mengawal jangkitan dengan lebih mudah.
  • Tubuh juga boleh membina semula tisu sihat dengan lebih cepat.
  • Anda juga perlu minum cecair yang lebih untuk melindungi pundi kencing dan ginjal semasa rawatan
  • Diet yang sihat adalah sumber terbaik untuk nutrien berbanding suplemen diet


Disediakan oleh:
 Puan Shafikah Binti Rahim

Sumber rujukan:

https://ms.iliveok.com/health/sarcomas-tisu-lembut-pada-kanak-kanak_107415i15937.html
https://mpaeds.my/wp- ontent/uploads/2018/03/positiveparenting1.pdf
https://www.srikotamedical.com/2021/02/16/ewing-sarcoma-kanser-lazim-kanak-kanak/
https://www.webmd.com/cancer/ewings-sarcoma
https://care.upm.edu.my/upload/dokumen/202006231040104._Kemoterapi_Penjagaan_Selepas_R
awatan.pdf

Tarikh Input: 01/07/2021 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdIAA~