INGKATKAN KESEDARAN DAN KURANGKAN STIGMA TENTANG HIV/ AIDS | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » INGKATKAN KESEDARAN DAN KURANGKAN STIGMA TENTANG HIV/ AIDS

INGKATKAN KESEDARAN DAN KURANGKAN STIGMA TENTANG HIV/ AIDS

Tujuan utama sambutan World AIDS Day adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang HIV/AIDS dan mengurangkan stigma yang masih wujud di kalangan individu yang dijangkiti.

Rajah 1 melaporkan HIV dan AIDS, Malaysia 1986 – 2021. Pada akhir tahun 2021, dianggarkan terdapat 81,942 orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) di Malaysia. Menjelang Disember 2021, 66% daripada PLHIV yang dilaporkan telah menerima rawatan antiretroviral (ART). Jangkitan HIV baru telah menurun sebanyak 70.2% dari tahun 2002, dengan 6,978 kes pemberitahuan HIV baharu (bersamaan dengan 28 kes bagi setiap 100,000 penduduk), kepada 2,760 kes pada tahun 2021 (bersamaan 8.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk). (Rajah 1), manakala anggaran HIV kadar kejadian bagi setiap 1000 penduduk yang tidak dijangkiti juga menurun secara beransur-ansur daripada 0.30 kepada 0.19.

 

Kurangkan Stigma kepada pesakit HIV

Stigma adalah pandangan negatif atau prasangka terhadap individu atau kelompok tertentu, disebabkan oleh ketidaktahuan, kesalahpahaman, atau stereotip. Stigma ini dapat menghalang penghidap HIV untuk mendapatkan rawatan yang mereka perlukan dan memperburuk kualiti hidup mereka.

 

  1. Tambah ilmu tentang HIV - Fahami tentang cara virus tersebut dipindahkan, langkah-langkah pencegahan dan selami realiti kehidupan penghidap HIV. Kongsi pengetahuan bersama orang lain untuk menghilangkan mitos berkaitan serta stigma negatif terhadap penyakit itu.

  2. Hormati privasi dan kerahsiaan -  Elakkan mendedahkan status HIV seseorang tanpa kebenaran mereka atau bergosip tentang perkara tersebut.

  3. Beri sokongan - Pesakit HIV lebih mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit, sekali gus membuatkan kesihatan mental mereka terjejas. Oleh itu, sokongan moral daripada orang sekeliling sangat penting dalam usaha membantu pesakit HIV untuk menjalani rutin harian mereka. Dengar luahan hati mereka, nyatakan empati dan tawarkan bantuan apabila diperlukan.

  4. Amalkan tingkah laku selamat- HIV merebak melalui hubungan seksual, perkongsian jarum, sentuhan di kawasan berdarah dan jangkitan genetik menerusi kandungan ibu serta menerusi penyusuan badan. HIV tidak berjangkit melalui sentuhan biasa. Dengan peka terhadap perkara ini, anda tidak perlu risau berkenaan risiko jangkitan.

  5. Sentiasa bersifat inklusif - Sertakan individu HIV dalam aktiviti sosial dan amalkan layanan sama rata dalam setiap aspek termasuk di tempat kerja dan situasi lain. Dengan melibatkan pengidap HIV dalam aktiviti harian, ia boleh membantu mengatasi stigma negatif yang dihadapi mereka.

Pengarah Kesihatan Negeri WPKLP Dr. Nor’Aishah Abu Bakar, berkata sambutan hari AIDS Sedunia akan disambut setiap 1 Disember adalah bertujuan menunjukkan soladariti tehadap mereka yang hidup dengan HIV.

 

Disediakan Oleh: Puan Noraziah binti nasir (Pegawai Jururawat HSAAS, UPM)

Sumber:

https://malaysiaaktif.my/2023/12/sambutan-hari-aids-sedunia-peringkat-wpkl/

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/MYS_country_report_2021.pdf

https://www.kosmo.com.my/2023/11/30/atasi-stigma-negatif-terhadap-pesakit-hiv/

Date of Input: 19/12/2024 | Updated: 19/12/2024 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (07:19:50pm-07:24:50pm, 02 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]