Hari Kanser Survivor Kebangsaan | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » Hari Kanser Survivor Kebangsaan

Hari Kanser Survivor Kebangsaan

Selamat Menyambut Bulan Survivor Kanser

dari Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), UPM

 

Bilakah Hari Survivor Kanser Kebangsaan?

Hari Survivor Kanser Nasional setiap tahun disambut pada hari Ahad pertama dalam bulan Jun. Jadi tahun ini jatuh pada hari Ahad 6 Jun 2021!

 

Hari Survivor Kanser Nasional adalah sambutan tahunan yang diingati serta diadakan di ratusan komuniti di seluruh negara dan dunia. Ini adalah sambutan bagi pejuang kanser yang telah berjaya melawan kanser, inspirasi bagi mereka yang baru didiagnosis, sokongan untuk penjaga, dan ahli keluarga pesakit kanser, seterusnya kepada masyarakat.

Kita mendedikasikan sepanjang bulan ini kepada pahlawan sejati iaitu para pejuang/ survivor kanser. Bulan yang sangat bermakna untuk survivor kanser. Mereka mempunyai semangat dan jiwa paling berani yang kita kenali. Mereka bukan sahaja memberi kita hak istimewa untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah penjagaan kesihatan dan penyembuhan serta bebas dari kanser, tetapi juga inspirasi keberanian dan harapan mereka yang tidak terbatas.

Hari Survivor Kanser Nasional telah memberi peluang kepada survivor yang telah berjaya melawan kanser untuk berhubung dan berkongsi perjalanan hidup untuk menyokong rakan yang baru didiagnos serta menyokong perjuangan mereka melalui proses rawatan dan penyembuhan. Marilah kita meluangkan masa untuk mengenali mereka, menyokong dan memberi inspirasi kepada mereka yang baru didiagnosis dan yang paling penting, meraikan semangat, tonggak dan pencapaian mereka.

Semoga semangat perjuangan melawan kanser tidak pernah luntur dan menjadi inspirasi buat mereka yang baru didiagnos dengan kanser. Kanser bukan penamat hidup tetapi permulaan kepada kehidupan baru yang lebih bermakna.

Terima kasih atas kekuatan dan keberanian anda, kerana ia menjadi inspirasi kepada kami semua!

DISEDIAKAN OLEH: Pn. Shafikah Rahim

SUMBER RUJUKAN:

https://paragonhealthcare.com/national-cancer-survivors-day-2021/

https://www.hemoncnc.com/cancer-support/national-cancer-survivor-month-life-after-cancer

https://www.athensareaurology.com/news/2020/6/30/national-cancer-survivor-awareness-month

https://coachart.org/blog/national-cancer-survivors-day-coachart-supports-survivors/

Tarikh Input: 08/06/2021 | Kemaskini: 09/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdTAF~