
Darah amat penting dalam perawatan kesihatan untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Keperluan dan permintaan terhadap bekalan darah ini tidak pernah berkurangan sejajar dengan kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta. Secara purata sebanyak 2,000 sehingga 2,200 beg darah diperlukan bagi merawat 1,000 orang pesakit setiap hari di seluruh negara.
Terdapat dua jenis kategori keperluan darah, iaitu keperluan darah yang boleh dijangka dan tidak boleh dijangka. Keperluan darah yang boleh dijangka digunakan bagi merawat pesakit kanser, talasemia, bayi pramatang, kegagalan buah pinggang, pembedahan kritikal dan kompleks. Manakala keperluan darah yang tidak boleh dijangka pula membabitkan situasi kecemasan seperti pendarahan selepas bersalin, mangsa kemalangan, pendarahan semasa pembedahan, transplant organ (daripada penderma kadaverik) dan sebagainya.

Bagi mereka yang ingin menderma darah, ia perlu dirancang dengan teratur supaya proses menderma darah berjalan lancar dan selamat. Berikut merupakan langkah-langkah sebelum, semasa (pada hari menderma darah) dan selepas menderma darah yang perlu diketahui.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 3.5 peratus jumlah penduduk di negara ini ialah penderma darah menjelang 2030, berbanding ketika ini hanya 2.3 peratus. Oleh hal demikian, KKM sedang merancang mendigitalkan buku pendermaan darah bagi menambah baik kemudahan menderma darah untuk menarik lebih ramai penderma dalam kalangan orang muda. Melalui aplikasi ini penderma darah dapat memantau tarikh pendermaan terakhir, tarikh pendermaan darah seterusnya, maklumat mengenai pendermaan terkini, lokasi pendermaan darah dan kempen pendermaan darah bergerak serta boleh membuat janji temu untuk menderma darah.
Dari segi kesihatan, menderma darah boleh merangsangkan badan untuk menghasilkan sel-sel darah yang baru. Se-sel darah baru ini mempunyai lebih keupayaan untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Justeru itu, penderma darah akan berasa lebih sihat dan segar selepas menderma. Berikut merupakan beberapa manfaat lain apabila menderma darah.
Disediakan oleh: Puan Nor Farhana binti Zakariya (Jururawat, HSAAS)
Sumber:
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/12/30/ayuh-budayakan-derma-darah/
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/06/1115822/tabung-darah-negara-perlukan-lebih-2000-beg-darah-sehari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-rancang-digitalkan-buku-derma-darah-kp-kesihatan-475874
https://pdn.gov.my/v2/
Date of Input: 05/06/2025 | Updated: 05/06/2025 | aimerul

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor