Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.
Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.
*29 OKTOBER setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia
Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar
INFOGRAFIK: 1 daripada 4 penduduk Malaysia boleh alami strok menjelang 2040
Hasil kaji selidik Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada 2016 menganggarkan seorang daripada empat penduduk Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 sekiranya tiada tindakan pencegahan diambil sejak awal.
Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim (Pegawai Jururawat)
Sumber:
https://twitter.com/BernamaTV/status/1454418036014739461
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Date of Input: 01/11/2023 | Updated: 01/11/2023 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor