Hari Malaria Sedunia 2024 | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» ARTICLE » Hari Malaria Sedunia 2024

Hari Malaria Sedunia 2024

Tema: “Accelerating the fight against malaria for a more equitable world” atau Memperkasa kesaksamaan kesihatan manusia sejagat dalam memerangi malaria”.

Hari Malaria Sedunia diadakan setiap tahun pada 25 April. Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites). Parasit yang masuk kedalam tubuh manusia akan melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam tempoh 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah akan pecah dan mengeluarkan lebih banyak parasite (merozoites), seterusnya lebih banyak sel darah merah dijangkiti.

Tanda dan Gejala

  • Menggigil, demam dan berpeluh
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit otot
  • Loya dan muntah
  • Anemia
  • Jaundis (kekuningan)
  • Sawan
  • Koma
  • Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam

 

Komplikasi

  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
  • Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)
  • Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis)
  • Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk

Rawatan

Doktor akan memilih satu atau lebih berdasarkan jenis malaria sama ada parasit malaria tahan terhadap ubat, berat atau umur orang yang dijangkiti malaria sama ada orang itu mengandung.

 

Ubat yang biasa diguna adalah chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana mendapat jangkitan.

Pesakit yang mempunyai komplikasi yang melibatkan otak dan buah pinggang mungkin perlu rawatan di unit rawatan rapi.

Pencegahan

  • Tiada vaksin khas mencegah malaria
  • Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan kepada mereka yang keluar daerah.
  • Rawatan kepada pencegahan juga diberi pada wanita mengandung di kawasan wabak untuk mengelakkan jangkitan kepada janin.

Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakanya seperti paya di mana airnya bertakung

 

Sempena Hari Malaria Sedunia, kesedaran dan pencegahan yang berterusan mesti diteruskan untuk membasmi penyakit dan mencegah kematian daripadanya. 

Bersama-sama kita memerangi malaria!



Disediakan oleh: Puan Noraziah binti Nasir (Pegawai Jururawat)

Sumber:

https://www.who.int/campaigns/world-malaria-day/2024

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/malaria/symptoms-causes/syc-20351184

https://www.instagram.com/myhealthkkm/p/C6Kkyd0hNaV/?img_index=2

https://www.facebook.com/PKDHuluLangat/?locale=id_ID

Date of Input: 30/04/2024 | Updated: 30/04/2024 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
WXFRWAD~