Pameran Dan Pemeriksaan Kesihatan Mental Sempena Hari Kesihatan Pusat Agrobiodiversiti Dan Persekitaran (BE) - MARDI | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CCARE_HPUPM)
» NEWS » Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan Mental Sempena Hari Kesihatan Pusat Agrobiodiversiti dan Persekitaran (BE) - MARDI

Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan Mental Sempena Hari Kesihatan Pusat Agrobiodiversiti dan Persekitaran (BE) - MARDI

SERDANG, 19 Jun - Program Sempena Hari Kesihatan Pusat Agrobiodiversiti dan Persekitaran, anjuran Ibu Pejabat MARDI telah diadakan pada 19 Julai 2022 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang bertempat di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI, Selangor.

Hospital Pengajar UPM (HPUPM) telah dijemput hadir bagi menjalankan pameran dan aktiviti seperti berikut;

  1. Pameran penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit, kanser dan amalan gaya hidup sihat.
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kepentingan pemeriksaan sendiri payudara melalui demonstrasi yang dijalankan.
  3. Pemeriksaan kesihatan mental; dan
  4. Aktiviti menarik yang menunjukkan emosi seseorang.

Program ini juga mengadakan sesi seminar di mana telah menjemput Dr. Nuraida binti Baharuddin, Pakar Perubatan Keluarga, HPUPM untuk berkongsi serta menyampaikan ceramah dengan tajuk “Penyakit Tidak Berjangkit: Apa Perlu Kita Tahu?”.

Seramai 26 orang peserta telah membuat pemeriksaan kesihatan mental dan sesi pemeriksaan sendiri payudara pula disertai oleh 20 orang peserta. Selain itu, 12 orang kakitangan HPUPM turut terlibat dalam program ini terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai, Kakitangan Sokongan Klinikal dan Pelaksana.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

Date of Input: 25/07/2022 | Updated: 11/08/2022 | aimerul

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CCARE_HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
BVIQUAZ:20:43