Serdang, 11 Ogos 2022- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia telah menerima pelawat daripada Boeing Corporation dan Persatuan Kanser KanWork. Pihak Boeing diwakili oleh Puan Halina Ibrahim, Corporate Citizenship Specialist dan Encik Anees Abdullah. Manakala pihak Persatuan Kanwork diwakili oleh Dr Mazanah Muhamad, Presiden Persatuan Kanwork dan 9 orang ahli jawatankuasa serta sukarelawan persatuan.
Boeing sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia untuk mengunjungi organisasi yang pernah mereka sokong sebelum ini. Boeing pernah menaja pembangunan bahan-bahan pendidikan seperti buku dan brosur bersama Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) untuk kegunaan pesakit kanser dan penjaga serta mereka yang terkesan dengan kanser secara amnya.
Projek pembangunan bahan pendidikan ini telah dijalankan dengan sokongan Boeing sejak 20 tahun yang lalu. Sehingga kini, bahan-bahan ini telah diberikan kepada mereka yang memerlukan secara percuma untuk memberi pemahaman dalam bahasa yang mudah difahami tentang penyakit mereka.
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Date of Input: 16/08/2022 | Updated: 16/08/2022 | aimerul
Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor