Tanda Dan Gejala Penyakit Leukemia | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Tanda dan gejala penyakit Leukemia

Tanda dan gejala penyakit Leukemia

Tanda dan Gejala Penyakit Leukemia

 

Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.

 

  1. Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti:
    • lebam,
    • bintik-bintik merah (petechiea),
    • pendarahan hidung dan gusi.

  2. Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini adalah kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.

  3. Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia. Kanak-kanak kelihatan:
    • pucat,
    • letih dan
    • sukar bernafas.

Tanda-tanda penyakit leukemia berpunca dari kegagalan sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah yang normal.

Lain-lain tanda dan gejala:

  • Lemah dan letih lesu.
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan.
  • Bengkak dan gusi berdarah.
  • Sakit kepala.
  • Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa.
  • Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan.
  • Sakit sendi.
  • Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan muka mebengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur.

 

Kemaskini:: 13/09/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
F, (08:30:48pm-08:35:48pm, 07 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]